TEMA DAN PERSOALAN


_____________________________________________

TEMA DAN PERSOALAN
_____________________________________________



  • Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya sastera. Tema hanya ada satu sahaja. Tema sesuatu karya sastera boleh jadi tidak dinyatakan secara jelas.



Contoh cepen Kaduk, Ayam dan Raja:

Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. 

Contohnya, Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.





  • Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya. Persoalan wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya.



Contoh cepen Kaduk, Ayam dan Raja: 

1. Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.






Contoh soalan dan cara menjawab / jawapan :




Soalan 3: Novel [10 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i)    Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini.
(ii)   Sejambak Bakti, karya Rejab F.I
(iii)  Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(iv)  Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
.

NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Berdasarkan  sebuah daripada  novel yang telah  anda kaji,  berikan tiga persoalan berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.    (10markah)


Jawapan


Berdasarkan novel yang saya kaji di Tingkatan 1 ialah Novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Terdapat beberapa persoalan dalam novel tersebut.

Antara persoalan yang terdapat dalam novel tersebut ialah usaha yang baik selalu akan mendapat tentangan dan cabaran yang hebat. Contohnya, Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah sering mendapat tentangan yang hebat daripada ahli lembaga pengarah lain yang cemburu akan usahanya.

Selain itu, persoalan sifat cemburu akhirnya memakan diri sendiri. Contohnya, Munir sangat cemburu akan Razali yang dapat memenangi hati Ramlah hingga dia sanggup memfitnah dan memburukkan nama Razali.

Seterusnya, amalan muafakat akan membuahkan kejayaan. Contohnya, semua ahli lembaga pengarah koperasi bekerjasama untuk memajukan koperasi sekolah mereka sehingga berjaya menjadi johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA.


Berikut merupakan tiga persoalan yang telah saya pelajari dalam novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.





Rujukan :
http://arifbahasa2.blogspot.com/2011/02/pengertian-tema-dan-persoalan.html


WATAK DAN PERWATAKAN




CONTOH :


Lihat contoh di bawah ini dan fahami maksud watak dan perwatakan :



Ini ialah Ayu. Dia berumur 26 tahun. Dia seorang yang rajin membaca buku. Dia juga seorang yang baik hati kerana suka membantu orang yang dalam kesusahan. Selain itu, Ayu sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.


Watak : Ayu

Perwatakan :

1. Rajin. Contohnya, Ayu rajin membaca buku. 

2. Baik hati. Contohnya, dia suka membantu orang yang dalam kesusahan. 

3. Bertanggungjawab. Contohnya, dia bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.




DEFINISI

Watak merupakan pelaku yang mendukung dan menghidupkan sesebuah cerita.Watak boleh sahaja terdiri daripada manusia atau bukan manusia seperti binatang atau benda.

Perwatakan pula merujuk kepada gambaran dan sifat yang dimiliki oleh watak.Gambaran dan sifat-sifat ini boleh dilihat daripada aksi atau dialog yang digarap oleh pengarang.


Jenis-jenis watak

(1)   Watak utama
Watak yang menjadi tumpuan perkembangan cerita. Watak ini berperanan penting dari awal hingga akhir cerita.

(2)   Watak Sampingan
Watak pembantu yang membantu watak utama dalam membangunkan sesebuah cerita.

(3)    Watak Protagonis
Watak protagonis ialah watak baik atau watak putih dan berpegang pada kebenaran.

(4)   Watak Antagonis
Watak antagonis merupakan watak jahat atau watak hitam dan menjadi penentang terhadap nilai hidup watak protagonis.

(5) Watak Bulat/bundar
Watak yang digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca. Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka yang dilakukan oleh watak berkenaan.

(6) Watak Dinamik
Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini digambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.

(7) Watak Pipih
Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita.

(8) Watak Statik
Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita. Ia digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya dari awal hingga akhir cerita.




  -


Rujukan : 

https://www.facebook.com/notes/tutor-tv-spm/tips-bahasa-melayu-watak-dan-perwatakan/159593110800342/

http://sasterasmkj.blogspot.my/2009/10/jenis-watak-dalam-karya.html






Pembelajaran berdasarkan video



 

Rujukan :

https://www.youtube.com/watch?v=phNGH2hwHO4 oleh Fatonah binti Jamaludin


PENGENALAN







HACESTRA

(HALAMAN CIKGU SASTERA)









Blog ini dibuat bertujuan untuk memenuhi tugasan individu  bagi kursus 
KPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar (UPSI, 2018) 
yang menerapkan strategi berfikir dalam pembelajaran 
Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu.


Buat pengunjung BLOG, saya berharap informasi yang disediakan di dalam blog HACESTRA ini mengandungi informasi dari pelbagai bahan rujukan di internet dan sedikit sebanyak memberi maklumat tambahan yang berguna kepada pengunjung blog. 



Sebarang komen yang membina amat saya perlukan untuk penambahbaikan bagi blog ini.


Sekian salam manis tanpa gula dari saya, Cik Farahin ^___^





















SETAPAK kaki melangkah masuk dari pagar sekolah, mata-mata dah mula pandang aku. Berbisik-bisik sesama sendiri. Hari-hari macam ini. Sampaikan aku dah muak dan tak berperasaan. Aku orangnya tak mesra dan tak suka nak senyum dekat orang. Nak buat macam-mana? Inilah diri aku. Paling menggerunkan katanya, pandangan aku yang tajam ni menakutkan. Oleh sebab itulah, gelaran ‘Miss Vampire’ untuk aku telah wujud.
            Tapi, aku tak kisah apa pun pandangan orang dekat aku. Aku cuma jadi diri aku sendiri dan sikap aku memang macam ni sejak aku kecik lagi. Jadi, aku pekakkan telinga ajelah berhadapan dengan semua ni.
            Tiba-tiba kedengaran bunyi riuh rendah di belakang. Siapa lagi kalau bukan Raja Idaman sekolah kami, King gelarannya. Aku akui King memang lelaki yang kacak, murah dengan senyuman, baik, bijak dan perfectlah! Semua budak perempuan dekat sekolah ni sibuk nak usyar King tapi aku dengar satu pun tak melekat dengan King. Entahlah. King memilih gak kot orangnya. Tapi, gadis paling cantik dekat sekolah kami pernah gak cuba dekat-dekat dengan King. Tak menjadi jugak. Tak tahulah taste King ni macam-mana. Biarlah. Apa aku kisah?
            Tidak semena-mena, aku ditolak. Eee, sibuk nak kejar King aku pulak yang kena tolak ke tepi. Mangkuk betul diorang ni!
            Baharu saja aku melangkah ke dalam kelas, budak-budak perempuan kelas aku dah mula jeling-jeling aku. Pagi-pagi dah buat aku bad mood!
            “Hanna!”
            Hah, yang panggil aku ni namanya Meera. Budak ni jelah yang sudi nak berkawan dengan orang macam aku ni.
            “Jom ke café. Breakfast.” Meera tarik tangan aku sebelum sempat aku cakap apa-apa.

“HANNA, Hanna! Tengok sana! Ada Kinglah. Tak sia-sia kita datang sini. Jom temankan aku pergi tegur dia?”
            “Meera… aku tak naklah. Kau pergilah. Aku tunggu kau kat sini.”
            “Hanna, temanlah aku. Kejap je. King tu okaylah. Mehlah…”
            Meera tarik-tarik aku lagi. Semata-mata nak jumpa King. Ee, Meera ni! Dia punya gedik sama je macam budak-budak perempuan lain tu. Urgghhh~
            “Hai… King!” Meera angkat sengih pada King yang duduk seorang diri. Macam biasa, ada nota di tangannya.
            “Hai…”
King pula layankan aje perangai Meera. Siap tunjuk senyuman dia yang menawan lagi menggoda tu. Apa-apa jelah, King.
            “Ingat saya lagi tak? Saya reporter sekolah yang hari tu interview awak untuk rencana sekolah.”
            “Meera?”
            “Haah! Sayalah tu. Tak sangka awak ingat lagi nama saya?”
Meera dah mula menunjukkan kegedikannya pada King. Behave, Meera! Behave!
“Saya cepat mengingat.”
“Mestilah kan? Sebab tu awak bijak. King, kenalkan kawan saya. Hanna.”
Aku tak pandang pun muka King. Buat-buat pandang tempat lain. Malas aku nak berkenalan bagai ni. Lagipun King bukan taste aku. Aku tak nak tambah kuota untuk jadi ahli peminat dia.
“Miss Vampire?”
Terkejut beruk aku mendengar gelaran itu keluar dari mulut King. Laju kepala aku menoleh sambil menatap mata King. King pun tahu pasal Miss Vampire yang ntah apa-apa ni?!
“Hahaha. King pun kenal Miss Vampire, eh?”
“Ye. Popular cik Vampire kita ni. Hahaha.”
Ee, geramnya aku! Siap dia ketawakan aku pulak tu! Ingat lawak?
“Meera, dahlah. Jom balik.” Aku dah tak tahan di sini. Aku tarik Meera paksa untuk beredar dari situ secepat yang mungkin.

PAPP! Selembar kertas dihempas atas meja kelas aku. Tak ada adab sopan langsung minah ni.
            “Apa ni?”
            “Jadual bertugas baru. Hari ni giliran kau untuk kemas stor sukan lepas kelas ni.” Erika, ketua kelas aku memberi arahan.
            “Tapi, semalam aku kan dah kemaskan? Kenapa aku lagi?”
            “Kan aku cakap ni jadual baru. Ikut jelah.”
            Aku mengeluh. Erika langsung tak berkompromi. Dasar diskriminasi! Dia ni memang sengaja nak kenakan aku. Sakitnya hati aku. Tapi takpe, kali ni aku bagi chance dekat kau. Lain kali, jangan haraplah!
            Selepas tamatnya kelas Pendidikan Jasmani, aku kemas bilik stor sukan seorang diri. Hantu betul partner aku. Sampai hati dia tinggalkan aku sorang-sorang kemas stor yang bersepah ni. Sabar Hanna, sabar. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dan senyum~
            Sedang aku leka mengemas, aku dengar bunyi tapak kaki masuk ke dalam stor. Siapa pulaklah? Aku perhatikan sahaja gerak-gerinya. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran aku. Kelihatan dia sedang mencari-cari sesuatu. Akhirnya, aku keluar dari tempat persembunyian aku.
            “Cari apa?”
            Pantas dia menoleh. Tersentak aku melihat wajah King dah memerah. Matanya berair. King menangis???
            “Tolong, tolong aku carikan barang aku. Barang tu penting sangat-sangat. Aku tak boleh kehilangan benda tu!”
            Inilah kali pertama aku nampak King kalut macam ni. Selalunya aku nampak King bukan orang macam ni. Dia sentiasa tenang sepanjang masa tapi hari ni…
            Tiba-tiba King tarik tangan aku. Merayu-rayu agar aku membantunya mencari ‘benda’ tersebut. Tapi, ‘benda’ apa?
            “Yelah, yelah aku tolong kau.”
            Cari punya cari, aku tak nampak apa-apa pun. Apa yang King cari sebenarnya? Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang menarik perhatian aku.
“Apa benda ni?” Siap aku picit badannya sampai berbunyi pin-pin pulak tu.
King pantas mendekati aku. “Hah! Yang tu! Yang tu yang aku cari!”
Muka aku dah berkerut-kerut. Apa? Apa yang penting sangat dengan patung penguin ni?
“Tolonglah bagi dekat aku.. Aku akan buat apa sahaja untuk kau. Aku sanggup demi penguin aku tu. Huhu~”
Aku terdiam sambil pandang tajam pada King. Hari yang malang buat King. Tak sangka, rupanya lelaki yang perfect macam King ni ada jugak kelemahannya. Nak bagi ke tak, eh?
“Huhu~ Tolonglah.. Nak aku melutut untuk kau pun aku sanggup..”
Nak bagi ke tak? Memang ni peluang aku nak kenakan King!
“Tolong…”
“Nah..”
King terkedu. Dia tak tahu nak cakap apa.
“Apa permintaan kau? Aku akan tunaikan selagi aku mampu..”
“Tak ada.”
“Tak ada? Serius?”
“Seriuslah. Aku bukannya jahat sangat pun. Ambiklah.”
King ambil patung penguinnya dari tangan aku.
“Cuma aku minta, tolong jangan menangis. Buruk tau tak?”
King sapu tubir air matanya. Dia sendiri tidak perasan dirinya sedang menangis di hadapan seseorang. Nampak King menahan malunya di hadapan aku.
“Tak payahlah malu. Aku takkan cakap kat oranglah pasal hari ni. Tapi, apa yang penting sangat dengan patung tu? Nampak macam biasa-biasa je aku tengok.”
“Patung ni.. penting. Sebab dia ibarat tuah aku. Sebelum aku ada patung ni nasib aku sangat malang. Semua benda aku buat takkan menjadi. Selalu ada masalah. Tapi, sejak arwah mama bagi patung ni dekat aku, semuanya berubah. Aku berjaya sampai sekarang pun sebab patung ni selalu ada dekat dengan aku.”
Err, boleh pulak kau percaya benda karut tu King? Aku tengok patung biasa je pun.
“Terima kasih. Terima kasih sebab jumpa patung ni. Kalau kau tak ada, aku tak tahu apa akan jadi dengan nasib aku. Terima kasih sangat-sangat.”
“Yelah, yelah. Bukan ada apa-apa pun. Aku cuma pulangkan barang kau. Tu je.”
King tersenyum mendengar kata-kata aku. Lama sampai aku rasa tak selesa tengok senyuman dia tu. Minta jauhlah aku akan jatuh cinta dengan King.
“Terima kasih lagi sekali. Rupanya, Miss Vampire ni taklah sejahat yang orang kira. Mereka silap.”
“Biasalah mulut orangkan? Biarkan ajelah.”
“Tolong rahsiakan hal ni.”
“Ye.”

SEJAK pertemuan yang tak disangka itu, semua berubah. Asyik-asyik King cari aku. Cari aku sampai ke kelas pulak tu. Dia banyak tolong aku buat tu buat ni. Sampaikan pelajar-pelajar perempuan yang tergila-gilakan King, mula pandang serong pada aku. Sudahlah kehidupan aku sebelum ni memang tak menyenangkan tambah lagi kali ni, semakin menyakitkan hati. Sehingga satu tahap aku dah tak tahan kena maki, herdik dan segala macam tu.
            “Tolong jangan cari aku lagi.”
            “Apa? Kenapa? Kenapa nak putuskan persahabatan kita?”
            “Tolonglah King. Kau pun tahu kan orang tak suka tengok aku dekat dengan kau. Aku yang kena hadap semua ni. Aku rasa kita patut kembali macam dulu. Aku dengan hidup aku. Kau dengan hidup kau.”
            “Tak, Hanna!”
            “Kenapa tak? Aku boleh tapi kenapa kau tak?”
            King terdiam sambil tertunduk.
            “Fahamlah situasi aku King…”
            King diam lagi.
            “Selamat tinggal, King.”

ITULAH kali terakhir aku bercakap dengan King. Setiap kali terserempak dengan dia, aku buat tak tahu. Kadang tu, aku jauhkan diri dari dia. Tapi.. entah kenapa sampaikan pada suatu hari, aku jadi rindu pada King. Aku nak King layan aku macam dulu-dulu. Urm, apa dah jadi ni?!
            Aku sandarkan diri pada kerusi tempat dudukku. Tiba-tiba berbunyi pinn kedengaran dari dalam beg aku. Macam aku kenal bunyi tu. Aku selongkar beg aku. Eh, ni kan penguin King? Tuah King. Tanpa berfikir panjang, aku pergi hantar penguin pada King selepas tamat sekolah.
            “Nah.”
            “Penguin aku…”
            “Maaf aku baru perasan penguin ni dalam beg aku. Kau mesti cari, kan?”
            Tiba-tiba King tersenyum. Entah apa yang mengusik hatinya. King ni dah tak betul agaknya. Mereng sebab penguin dia gagal dijumpai.
            “Sebenarnya, aku tahu penguin ni ada dekat kau. Sebab.. aku yang letakkan.”
            “Ha? Sejak bila?”
“Sejak hari terakhir kau putuskan persahabatan kita..”
“Tapi kenapa, King? Kau sendiri cakap kan benda ni penting untuk kau? Kau tak boleh hidup tanpa benda ni?”
King dah mula buat perangai senyap dia. Terdiam. Sama macam hari tu.
Aku goncang tangan King, “King, cakaplah..”
“Hanna.. sejak aku jumpa kau, aku dah tahu tuah aku tak lagi pada penguin ni. Aku sengaja letak penguin ni dalam beg kau sebab aku nak kau datang pada aku dan aku nak cakap sesuatu dekat kau..”
 “..aku suka kau, Hanna. Kaulah tuah aku yang sebenarnya.”
Aku terkedu. Untuk kali ni, aku pulak yang terdiam lama. King lemparkan senyumannya pada aku. Betapa aku merindui wajah itu.
Aku balas senyuman King sambil menangis terharu.
“Hanna, jangan tinggalkan aku lagi..”
Aku mengangguk. Biarlah orang nak cakap apa sekali pun. Aku akan tetap bersama dengan King.
Kalau aku adalah tuah King, King pula adalah raja di hati aku buat selamanya.

~Tamat~
           
           


Cerpen Rindu Seorang Rafik



Cerpen Tingkatan 4
Tajuk : Rindu Seorang Rafik
_____________________________________________

Sinopsis :

Fik (Aku) mengenangkan semula kenangan bersama Rafiknya (Rosa). Mereka seperti kawan lama, walaupun berbeza negeri. Mereka terpisah akibat daripada kisah Perda Franca. Fik gagal menghubungi Rosa yang sekian lama tidak membalas segala pesanannya sama ada surat atau pesanan melalui e-mail. Fik menggelar Rosa sebagai seorang Rafik. Hal ini demikian kerana, Rosa juga sentiasa berada bersama Aku apabila mengalami sebarang masalah atau kecemasan dengan menghubunginya walaupun jauh. Rosa juga seorang yang pandai memberi nasihat dan semangat kepada Aku. Namun, mereka sudah tidak saling menghubungi sudah hampir tiga bulan.
            Fik mendapat tugasan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Pulau Batu Putih (Perda Branca) sambil mencari Rosa di apartmentnya. Namun, usaha dia gagal. Aku ingin meminta maaf kepada Rosa kerana sikap Aku yang suka berterus-terang sehingga menyebabkan Rosa terasa hati. Aku kembali ke tanah air sambil mengenangkan kenangan kami. Seterusnya, Aku mendapat tugasan ke Eropah (The Huege) untuk mencatat kes di sana mengenai Pulau Batu Putih itu. Catatan itu akhirnya berpihak kepada Malaysia dengan hak kedaulatan Sipadan dan Ligitan kepada Malaysia. Aku sentiasa mengenangkan Rosa di waktu kemenangan ini.
            Akhirnya, setelah Fik selesai mencatat segala percarutan di mahkamah keadilan antrabangsa (ICJ), Aku pulang ke bilik semula, lantas membuka laptop dan membaca e-mail. Akhirnya, Rosa menjawap segala apa yang terungkai di dalam fikiran dan benak hati Fik. Rosa masih merasa tidak selesa untuk bertemu dengan Fik. Rosa menyatakan bahawa dia jatuh hati pada Fik, namun dia merasakan Fik tidak tahu dan merasakan Rosa itu masih seorang Rafik dan tidak lebih dari itu. Aku merasakan dia salah tafsir terhadap perasaan Rosa. Kerinduan terhadap Rosa semakin kuat.



Tema :

Persahabatan dua buah negara yang mempunyai ideologi yang berbeza.

Persoalan :

1.      Rindu terhadap sahabat.
Contohnya, "aku" begitu merindui Rosa, kerana sudah hampir tiga bulan tidak berhubung semenjak kisah Pedra Branca.

2.      Sifat lelaki dan perempuan.
Contohnya, "aku" menggap Rosa ini seorang yang lembut, namun dia memiliki sikap yang tegas dalam suatu perkara.

3.      Semangat patriotism.
Contohnya, "aku" dan Rosa begitu mencintai tanha air mereka sendiri, sehinggakan isu Pedra Brance itu mencetuskan sengketa antara mereka.




Video ringkas cerpen Rindu Seorang Rafik.



Soalan Pemahaman : 
1. Siapakah watak-watak yang terlibat di dalam Cerpen Rindu Seorang Rafik?
_________________________________________________________

2. Apakah yang menyebabkan watak sudah tidak berhubung lagi?
_________________________________________________________

3. Bincangkan secara ringkas tentang perasaan Rafik kepada Rosa?
_________________________________________________________

4. Jika anda adalah sahabat kepada Rosa iaitu Irda, apakah yang akan anda lakukan untuk memulihkan hubungan antara Rosa dengan Rafik?
_________________________________________________________

5. Berikan satu cadangan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara negara yang berbeza?
_________________________________________________________



Latihan Tambahan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdZ7Ckn6KtoV8hpIynSRpiDFq6X5M1Y_AiOVZpBvh6UZzWPSA/viewform?usp=sf_link

https://www.educaplay.com/en/learningresources/3736207/sinopsis.htm





Rujukan : 
http://cikguciktin.blogspot.my/2017/04/sinopsis-cerpen-rindu-seorang-rafik.html


NILAI DAN PENGAJARAN



_________________________________________

Nilai
_________________________________________



Definisi/ Maksud :

-Nilai atau nilai-nilai murni ialah 'sikap ketinggian' seseorang atau sesebuah masyarakat dari segi pemikiran dan tindakan.




Sumber : Norliza Ghazali, KHAIRUL ANWAR:

Berikut ialah nilai- nilai murni yang diterima oleh Lembaga Peperiksaan dan nilai- nilai murni yang tidak diterima. Untuk pengetahuan anda, buku rujukan pun nilai- nilai murni yang diberi adalah salah, jadi jangan ikut 100% buku rujukan. Guna bahan yang guru anda berikan.

Nilai- nilai Murni yang BOLEH DITERIMA :

Nilai tanggungjawab
Nilai prihatin atau keprihatinan
Nilai berkasih sayang atau kasih sayang
Nilai hormat menghormati
Nilai kejujuran
Nilai kerajinan, ketukanan, kegigihan
Nilai kerjasama atau bekerjasama
Nilai ketaatan
Nilai pengorbanan
Nilai ketabahan
Nilai tolong menolong atau bantu membantu
Nilai keberanian
Nilai berhemah tinggi
Nilai setia kawan
Nilai pemurah atau baik hati
Nilai mengenang budi
Nilai dedikasi
Nilai berpendirian tegas atau ketegasan
Nilai berdikari
Nilai kesyukuran
Nilai nasihat menasihati
Nilai patriotisme atau cinta akan negara
Nilai keikhlasan
Nilai kesabaran
Nilai keredaan
Nilai keinsafan
Nilai amanah
Nilai kesopanan
Nilai menepati janji
Nilai simpati atau bersimpati
Nilai berjimat cermat
Nilai keyakinan
Nilai cinta akan alam sekitar
Nilai cinta akan budaya
Nilai kebijaksanaan
Nilai kesetiaan
Nilai kecekalan

Nilai- nilai Murni yang TIDAK BOLEH DITERIMA :

Nilai penyayang
Nilai gigih berusaha
Nilai tabah
Nilai balas budi, kenang budi
Nilai sopan santun
Nilai berpegang janji
Nilai bertolak ansur
Nilai kesederhanaan
Nilai rasional
Nilai belas kasihan
Nilai murah hati
Nilai berhati- hati



Teknik menghafal nilai  iaitu :


Teknik "KASIH"

K -  berkasih sayang (kasih sayang)

A - amanah

S - kesabaran (sabar)  / kesetiaan (setia)

I - keinsafan (insaf)

H - hormat menghormati








Contoh Soalan jenis nilai.

Soalan :
Nyatakan nilai yang terdapat di dalam novel yang telah anda kaji. Berikan contoh peristiwa yang sesuai.

Jawapan :
Nilai yang terdapat di dalam novel yang telah saya kaji ialah nilai hormat-menghormati. Contohnya, Ali sangat menghormati guru-guru yang telah mengajarnya di sekolah sehingga dia telah berjaya di dalam peperiksaan.







_________________________________________

Pengajaran 
_________________________________________



Definisi /maksud :
-Pengajaran ialah 'peringatan atau pedoman' daripada peristiwa dan tindakan seseorang.


- Pengajaran haruslah dimulakan dengan ayat :


  • Kita hendaklah ...
  • Kita mestilah ...
  • Kita seharusnya ... 
  • Kita perlulah ...
  • Kita janganlah ...




Contoh Pengajaran :
- Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain.
- Kita mestilah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
- Kita seharusnya bersikap jujur untuk mengelakkan salah sangka.
- Kita perlulah bersikap prihatin terhadap orang dan persekitaran.
- Kita hendaklah berani menyatakan sesuatu.
- Kita mestilah rajin dalam menyiapkan tugasan dan kerja.



Contoh Soalan jenis pengajaran.

Soalan :
Nyatakan pengajaran yang terdapat di dalam novel yang telah anda kaji. Berikan contoh peristiwa yang sesuai.

Jawapan :
Pengajaran yang terdapat di dalam novel yang telah saya kaji ialah kita hendaklah menghormati ibu bapa. Contohnya, Ali sangat menghormati kedua ibu bapanya yang telah menjaganya selama ini.