SETAPAK kaki melangkah masuk dari pagar sekolah, mata-mata
dah mula pandang aku. Berbisik-bisik sesama sendiri. Hari-hari macam ini.
Sampaikan aku dah muak dan tak berperasaan. Aku orangnya tak mesra dan tak suka
nak senyum dekat orang. Nak buat macam-mana? Inilah diri aku. Paling menggerunkan
katanya, pandangan aku yang tajam ni menakutkan. Oleh sebab itulah, gelaran ‘Miss
Vampire’ untuk aku telah wujud.
Tapi,
aku tak kisah apa pun pandangan orang dekat aku. Aku cuma jadi diri aku sendiri
dan sikap aku memang macam ni sejak aku kecik lagi. Jadi, aku pekakkan telinga
ajelah berhadapan dengan semua ni.
Tiba-tiba
kedengaran bunyi riuh rendah di belakang. Siapa lagi kalau bukan Raja Idaman
sekolah kami, King gelarannya. Aku akui King memang lelaki yang kacak, murah
dengan senyuman, baik, bijak dan perfectlah!
Semua budak perempuan dekat sekolah ni sibuk nak usyar King tapi aku dengar
satu pun tak melekat dengan King. Entahlah. King memilih gak kot orangnya.
Tapi, gadis paling cantik dekat sekolah kami pernah gak cuba dekat-dekat dengan
King. Tak menjadi jugak. Tak tahulah taste
King ni macam-mana. Biarlah. Apa aku kisah?
Tidak
semena-mena, aku ditolak. Eee, sibuk nak kejar King aku pulak yang kena tolak
ke tepi. Mangkuk betul diorang ni!
Baharu
saja aku melangkah ke dalam kelas, budak-budak perempuan kelas aku dah mula
jeling-jeling aku. Pagi-pagi dah buat aku bad
mood!
“Hanna!”
Hah,
yang panggil aku ni namanya Meera. Budak ni jelah yang sudi nak berkawan dengan
orang macam aku ni.
“Jom
ke cafĂ©. Breakfast.” Meera tarik
tangan aku sebelum sempat aku cakap apa-apa.
“HANNA, Hanna! Tengok sana! Ada Kinglah. Tak sia-sia
kita datang sini. Jom temankan aku pergi tegur dia?”
“Meera…
aku tak naklah. Kau pergilah. Aku tunggu kau kat sini.”
“Hanna,
temanlah aku. Kejap je. King tu okaylah. Mehlah…”
Meera
tarik-tarik aku lagi. Semata-mata nak jumpa King. Ee, Meera ni! Dia punya gedik
sama je macam budak-budak perempuan lain tu. Urgghhh~
“Hai…
King!” Meera angkat sengih pada King yang duduk seorang diri. Macam biasa, ada
nota di tangannya.
“Hai…”
King pula layankan aje perangai Meera. Siap tunjuk
senyuman dia yang menawan lagi menggoda tu. Apa-apa jelah, King.
“Ingat
saya lagi tak? Saya reporter sekolah
yang hari tu interview awak untuk
rencana sekolah.”
“Meera?”
“Haah!
Sayalah tu. Tak sangka awak ingat lagi nama saya?”
Meera dah mula menunjukkan kegedikannya pada King. Behave, Meera! Behave!
“Saya cepat mengingat.”
“Mestilah kan? Sebab tu awak bijak. King, kenalkan
kawan saya. Hanna.”
Aku tak pandang pun muka King. Buat-buat pandang
tempat lain. Malas aku nak berkenalan bagai ni. Lagipun King bukan taste aku. Aku tak nak tambah kuota
untuk jadi ahli peminat dia.
“Miss Vampire?”
Terkejut beruk aku mendengar gelaran itu keluar dari
mulut King. Laju kepala aku menoleh sambil menatap mata King. King pun tahu
pasal Miss Vampire yang ntah apa-apa ni?!
“Hahaha. King pun kenal Miss Vampire, eh?”
“Ye. Popular cik Vampire kita ni. Hahaha.”
Ee, geramnya aku! Siap dia ketawakan aku pulak tu!
Ingat lawak?
“Meera, dahlah. Jom balik.” Aku dah tak tahan di
sini. Aku tarik Meera paksa untuk beredar dari situ secepat yang mungkin.
PAPP! Selembar kertas dihempas atas meja kelas aku.
Tak ada adab sopan langsung minah ni.
“Apa
ni?”
“Jadual
bertugas baru. Hari ni giliran kau untuk kemas stor sukan lepas kelas ni.”
Erika, ketua kelas aku memberi arahan.
“Tapi,
semalam aku kan dah kemaskan? Kenapa aku lagi?”
“Kan
aku cakap ni jadual baru. Ikut jelah.”
Aku
mengeluh. Erika langsung tak berkompromi. Dasar diskriminasi! Dia ni memang
sengaja nak kenakan aku. Sakitnya hati aku. Tapi takpe, kali ni aku bagi chance dekat kau. Lain kali, jangan
haraplah!
Selepas
tamatnya kelas Pendidikan Jasmani, aku kemas bilik stor sukan seorang diri.
Hantu betul partner aku. Sampai hati
dia tinggalkan aku sorang-sorang kemas stor yang bersepah ni. Sabar Hanna,
sabar. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dan senyum~
Sedang
aku leka mengemas, aku dengar bunyi tapak kaki masuk ke dalam stor. Siapa
pulaklah? Aku perhatikan sahaja gerak-gerinya. Dia langsung tidak perasan akan
kehadiran aku. Kelihatan dia sedang mencari-cari sesuatu. Akhirnya, aku keluar
dari tempat persembunyian aku.
“Cari
apa?”
Pantas
dia menoleh. Tersentak aku melihat wajah King dah memerah. Matanya berair. King
menangis???
“Tolong,
tolong aku carikan barang aku. Barang tu penting sangat-sangat. Aku tak boleh
kehilangan benda tu!”
Inilah
kali pertama aku nampak King kalut macam ni. Selalunya aku nampak King bukan
orang macam ni. Dia sentiasa tenang sepanjang masa tapi hari ni…
Tiba-tiba
King tarik tangan aku. Merayu-rayu agar aku membantunya mencari ‘benda’
tersebut. Tapi, ‘benda’ apa?
“Yelah,
yelah aku tolong kau.”
Cari
punya cari, aku tak nampak apa-apa pun. Apa yang King cari sebenarnya?
Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang menarik perhatian aku.
“Apa benda ni?” Siap aku picit badannya sampai
berbunyi pin-pin pulak tu.
King pantas mendekati aku. “Hah! Yang tu! Yang tu
yang aku cari!”
Muka aku dah berkerut-kerut. Apa? Apa yang penting
sangat dengan patung penguin ni?
“Tolonglah bagi dekat aku.. Aku akan buat apa sahaja
untuk kau. Aku sanggup demi penguin aku tu. Huhu~”
Aku terdiam sambil pandang tajam pada King. Hari
yang malang buat King. Tak sangka, rupanya lelaki yang perfect macam King ni ada jugak kelemahannya. Nak bagi ke tak, eh?
“Huhu~ Tolonglah.. Nak aku melutut untuk kau pun aku
sanggup..”
Nak bagi ke tak? Memang ni peluang aku nak kenakan
King!
“Tolong…”
“Nah..”
King terkedu. Dia tak tahu nak cakap apa.
“Apa permintaan kau? Aku akan tunaikan selagi aku
mampu..”
“Tak ada.”
“Tak ada? Serius?”
“Seriuslah. Aku bukannya jahat sangat pun.
Ambiklah.”
King ambil patung penguinnya dari tangan aku.
“Cuma aku minta, tolong jangan menangis. Buruk tau
tak?”
King sapu tubir air matanya. Dia sendiri tidak
perasan dirinya sedang menangis di hadapan seseorang. Nampak King menahan
malunya di hadapan aku.
“Tak payahlah malu. Aku takkan cakap kat oranglah
pasal hari ni. Tapi, apa yang penting sangat dengan patung tu? Nampak macam
biasa-biasa je aku tengok.”
“Patung ni.. penting. Sebab dia ibarat tuah aku. Sebelum
aku ada patung ni nasib aku sangat malang. Semua benda aku buat takkan menjadi.
Selalu ada masalah. Tapi, sejak arwah mama bagi patung ni dekat aku, semuanya
berubah. Aku berjaya sampai sekarang pun sebab patung ni selalu ada dekat
dengan aku.”
Err, boleh pulak kau percaya benda karut tu King?
Aku tengok patung biasa je pun.
“Terima kasih. Terima kasih sebab jumpa patung ni.
Kalau kau tak ada, aku tak tahu apa akan jadi dengan nasib aku. Terima kasih
sangat-sangat.”
“Yelah, yelah. Bukan ada apa-apa pun. Aku cuma pulangkan
barang kau. Tu je.”
King tersenyum mendengar kata-kata aku. Lama sampai
aku rasa tak selesa tengok senyuman dia tu. Minta jauhlah aku akan jatuh cinta
dengan King.
“Terima kasih lagi sekali. Rupanya, Miss Vampire ni
taklah sejahat yang orang kira. Mereka silap.”
“Biasalah mulut orangkan? Biarkan ajelah.”
“Tolong rahsiakan hal ni.”
“Ye.”
SEJAK pertemuan yang tak disangka itu, semua
berubah. Asyik-asyik King cari aku. Cari aku sampai ke kelas pulak tu. Dia banyak
tolong aku buat tu buat ni. Sampaikan pelajar-pelajar perempuan yang tergila-gilakan
King, mula pandang serong pada aku. Sudahlah kehidupan aku sebelum ni memang tak
menyenangkan tambah lagi kali ni, semakin menyakitkan hati. Sehingga satu tahap
aku dah tak tahan kena maki, herdik dan segala macam tu.
“Tolong
jangan cari aku lagi.”
“Apa?
Kenapa? Kenapa nak putuskan persahabatan kita?”
“Tolonglah
King. Kau pun tahu kan orang tak suka tengok aku dekat dengan kau. Aku yang
kena hadap semua ni. Aku rasa kita patut kembali macam dulu. Aku dengan hidup
aku. Kau dengan hidup kau.”
“Tak,
Hanna!”
“Kenapa
tak? Aku boleh tapi kenapa kau tak?”
King
terdiam sambil tertunduk.
“Fahamlah
situasi aku King…”
King
diam lagi.
“Selamat
tinggal, King.”
ITULAH kali terakhir aku bercakap dengan King. Setiap
kali terserempak dengan dia, aku buat tak tahu. Kadang tu, aku jauhkan diri
dari dia. Tapi.. entah kenapa sampaikan pada suatu hari, aku jadi rindu pada
King. Aku nak King layan aku macam dulu-dulu. Urm, apa dah jadi ni?!
Aku
sandarkan diri pada kerusi tempat dudukku. Tiba-tiba berbunyi pinn kedengaran
dari dalam beg aku. Macam aku kenal bunyi tu. Aku selongkar beg aku. Eh, ni kan
penguin King? Tuah King. Tanpa berfikir panjang, aku pergi hantar penguin pada
King selepas tamat sekolah.
“Nah.”
“Penguin
aku…”
“Maaf
aku baru perasan penguin ni dalam beg aku. Kau mesti cari, kan?”
Tiba-tiba
King tersenyum. Entah apa yang mengusik hatinya. King ni dah tak betul agaknya.
Mereng sebab penguin dia gagal dijumpai.
“Sebenarnya,
aku tahu penguin ni ada dekat kau. Sebab.. aku yang letakkan.”
“Ha?
Sejak bila?”
“Sejak hari terakhir kau putuskan persahabatan
kita..”
“Tapi kenapa, King? Kau sendiri cakap kan benda ni
penting untuk kau? Kau tak boleh hidup tanpa benda ni?”
King dah mula buat perangai senyap dia. Terdiam. Sama
macam hari tu.
Aku goncang tangan King, “King, cakaplah..”
“Hanna.. sejak aku jumpa kau, aku dah tahu tuah aku
tak lagi pada penguin ni. Aku sengaja letak penguin ni dalam beg kau sebab aku
nak kau datang pada aku dan aku nak cakap sesuatu dekat kau..”
“..aku suka
kau, Hanna. Kaulah tuah aku yang sebenarnya.”
Aku terkedu. Untuk kali ni, aku pulak yang terdiam
lama. King lemparkan senyumannya pada aku. Betapa aku merindui wajah itu.
Aku balas senyuman King sambil menangis terharu.
“Hanna, jangan tinggalkan aku lagi..”
Aku mengangguk. Biarlah orang nak cakap apa sekali
pun. Aku akan tetap bersama dengan King.
Kalau aku adalah tuah King, King pula adalah raja di
hati aku buat selamanya.
~Tamat~
Terima kasih cgu atas informasi yang telah diberikan dlm blog. Ini
BalasPadam