CARA MENULIS KARANGAN
ØFormula karangan ini sesuai bagi murid lemah dalam menulis karangan.
ØMurid hendaklah menghafal karangan pasang siap ini dan mengaplikasikan formula TIS.
ØKarangan ini untuk mendapat markah yang minimal.
ØKarangan haruslah mengandungi pendahuluan, isi dan kesimpulan.
- Karangan Pasang Siap : Formula TIS
- Bagaimanakah menggunakannya???
Contoh :
Karangan Bahagian Ransangan (bahagian A)
Formula Karangan : T + I1 + I2 + I3 + S (TIS)
(T) Tema: ciri-ciri pelajar cemerlang
(I1) Isi pertama : rajin membaca
(I2) Isi kedua: menumpukan perhatian semasa guru mengajar di kelas
(I3) Isi ketiga: membuat ulangkaji dan latihan di rumah
(S) Siapa (rujuk IKUT TEMA): pelajar
(Karangan Lengkap)
Dewasa ini, isu ciri-ciri pelajar cemerlang sering diperkatakan oleh semua pihak tidak kira di media massa mahupun media elektronik . Hal ini dikatakan demikian kerana isu ini memberikan pelbagai kesan kepada pelajar. Jadi, apakah ciri-ciri pelajar cemerlang?
Antaranya, ciri-ciri pelajar cemerlang yang pertama ialah rajin membaca. Hal ini kerana rajin membaca merupakan ciri-ciri pelajar cemerlang. Contohnya, rajin membaca buku memberikan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya, jelaslah bahawa rajin membaca adalah ciri-ciri pelajar cemerlang.
Selain itu, ciri-ciri pelajar cemerlang yang kedua ialah menumpukan perhatian semasa guru mengajar di kelas. Hal ini kerana, menumpukan perhatian semasa guru mengajar di kelas merupakan ciri-ciri pelajar cemerlang. Contohnya, mendengar arahan guru dan tidak bercakap semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Lantaran itu, jelaslah bahawa menumpukan perhatian semasa guru mengajar di kelas adalah ciri-ciri pelajar cemerlang.
Akhir sekali, ciri-ciri pelajar cemerlang yang ketiga ialah membuat ulangkaji dan latihan di rumah. Hal ini kerana, membuat ulangkaji dan latihan di rumah merupakan ciri-ciri pelajar cemerlang. Contohnya, menyiapkan latihan dan membaca semula nota yang diberikan oleh guru. Oleh itu, jelaslah bahawa membuat ulangkaji dan latihan di rumah merupakan ciri-ciri pelajar cemerlang.
Kesimpulannya, ciri-ciri pelajar cemerlang ialah rajin membaca, menumpukan perhatian semasa guru mengajar di kelas dan membuat ulangkaji dan latihan di rumah. Semua pelajar hendaklah mengambil berat akan hal ini untuk masa depan yang baik. Sememangnya, bak kata peribahasa tepuk dada tanya minda.
(223 patah perkataan)
***Peringatan :
- Contoh yang bersesuaian adalah idea murid sendiri. Jenis KBAT.
- Jika isi lebih daripada tiga, boleh ulang semula ayat untuk isi seterusnya.
______________________________________
Arahan :
Sila buat latihan bahagian A dan B di bawah ini dengan menggunakan Karangan Pasang Siap : Formula TIS. Salin soalan, salin formula TIS, dan tulis di dalam buku karangan anda.
Bahagian A
BAHAGIAN B
Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
1. Telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja pada masa ini. Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid.
Siapa : murid
Kesan-kesan positif
I 1- membolehkan murid menghubungi rakan atau sanak saudara yang berada jauh di perantauan dengan mudah.
Contohnya, murid menelefon rakannya untuk berbincang mengenai projek Sains mereka.
I 2 - dapat digunakan sebagai alat untuk melayari internet.
Contohnya, murid dapat menggunakan Google untuk mendapatkan pelbagai bahan rujukan daripada internet.
Kesan-kesan negatif
I 3 - penggunaan telefon pintar yang tidak terkawal boleh menyebabkan pembaziran.
Contohnya, murid hanya membuang masa dengan telefon pintar sahaja untuk bermain permainan secara atas talian sehingga mengabaikan pembelajarannya.
I 4 - menjejaskan pelajaran murid.
Contohnya, murid tidak membaca buku dan mengulang kaji pelajaran kerana terlalu asyik bermain telefon pintar.
I 5 - menjejaskan kesihatan murid.
Contohnya, murid yang terlalu asyik bermain telefon pintar sehingga lupa untuk makan secara teratur dan kurang masa untuk tidur.
2. Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Jawapan :
Tema : usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Siapa : ibu bapa
I 1 - ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak.
Contohnya, ibu bapa yang rajin membaca buku akan dilihat oleh anak-anak dan mereka akan mencontohi sikap ibu bapa tersebut.
I 2 - ibu bapa sering membawa anak-anak ke perpustakaan awam.
Contohnya, pada hari sabtu atau ahad, ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak untuk membaca buku atau membuat buku Nilam sekolah di perpustakaan.
I 3 - menyediakan ruang membaca yang sesuai dan selesa di rumah.
Contohnya, ibu bapa menyediakan perpustakaan mini di rumah sendiri supaya tidak perlu keluar ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu.
I 4 - ibu bapa sentiasa meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak semasa anak-anak belajar di rumah.
Contohnya, ibu bapa menemani dan mengajar anak-anak membaca buku selama satu atau dua jam bersama-sama.
I 5 - menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah. Contohnya, ibu bapa membeli buku rujukan, buku cerita seperti komik dan majalah agar anak boleh membaca buku baharu.
~BELAJARLAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH. ORANG YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH PASTI AKAN BERJAYA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan