PEMBETULAN KERTAS 2



Arahan : 

Sila buat pembetulan kertas 2 ini di dalam kertas A4 atau buku karangan anda.
Bahagian Novel tidak perlu salin (baca sahaja)



PEMBETULAN

UJIAN 1 – TINGKATAN 4 (2020)
Bahasa Melayu Kertas 2 SMK DESHON 




SOALAN 1 : Rumusan  (30 markah)

Buat satu rumusan tentang faedah bersukan dan cabaran yang dihadapi untuk memajukan sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Petikan membincangkan kebaikan bersukan dan cabaran yang dihadapi untuk memajukan sukan negara.

Antara faedah bersukan dalam kalangan murid ialah dapat mendisiplinkan diri. Selain itu, melahirkan remaja yang sihat dari segi fizikal ataupun mental. Seterusnya, sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan atau keluarga. Di samping itu, mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Kemudian, remaja juga dapat menghindari masalah sosial. Akhir sekali, dapat menyemai semangat permuafakatan dan kesukanan dalam kalangan remaja yang berbeza latar belakang.
                                                                                     
Terdapat cabaran yang dihadapi untuk memajukan sukan negara iaitu kurang pelapis untuk beberapa jenis sukan. Selain itu, wujudnya pelbagai kerenah birokrasi sehingga menghancurkan masa depan atlet muda.

Kesimpulannya, semua pihak perlu memanfaatkan sebaiknya faedah bersukan agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat.


(120 patah perkataan)



SOALAN 2 -Pemahaman Komsas


Soalan 2 (a) – Petikan Umum   

 (i) Maksud rangkai kata peringkat awal ialah bahagian permulaan.  

(ii) Antara usaha-usaha ibu bapa ialah membeli peralatan sukan yang diminati anak, memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.

(iii) Pada pendapat saya, antara usaha meningkatkan kemahiran atlet ialah sering berlatih pada waktu petang dan waktu senggang. Selain itu, Sering membuat kajian tentang teknik bermain yang baik. Akhir sekali, bersedia menerima kritikan terutama dari jurulatih.



Soalan 2(b) – Petikan cerpen

(i) Masalah yang dihadapi oleh Hakim seperti yang dinyatakan dalam petikan ialah dicaci-maki oleh orang-orang kampung kerana kemasukan lori ke reban ayamnya memburukkan lagi keadaan jalan yang tidak berturap. Selain itu, Hakil dikelilingi hutang.
(ii) Jika saya adalah rakan baik Hakim, antara cara yang boleh saya lakukan untuk membantu Hakim ialah memberikan semangat kepadanya. Seterusnya, memberikan nasihat atau bantuan guaman. Akhir sekali, memberikan bantuan kewangan.
(iii) Perwatakan Hakim di dalam petikan cerpen ialah gigih berusaha. Contohnya, menulis surat dan menemui orang berpengaruh untuk menaik taraf jalan masuk ke kampungnya. Selain itu, perwatakan daripada keseluruhan cerpen pula ialah Hakim seorang yang berani. Contohnya, dia mengusahakan ternakan ayam secara moden bagi menyahut seruan kerajaan.

Soalan 2(c)- Prosa Tradisional

(i). Maksud  berkisah orang kaya-kaya ialah memberitahu kepada para pembesar.          
(ii) Perkara-perkara yang dilakukan di negeri Tuanku Syah Alam   ialah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal. Selain itu, Kertala Sari masuk ke kampung/negeri, dicurinya harta yang kemas-kemas dan bini orang kaya-kaya dicabuli Kertala Sari. Akhir sekali, orang kaya-kaya datang menghadap raja mengadukan hal mereka dicuri. 

(Iii) Pada pendapat saya, usaha-usaha memastikan masalah kecurian di tempat tinggal tidak berleluasa ialah mengadakan rondaan Rukun Tetangga atau JKKK. Selain itu, setiap rumah memasang alat keselamatan. Akhir sekali, memberitahu pihak polis atau pasukan keselamatan apabila meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama.  
   



Soalan 2(d)- Puisi tradisional

i) Maksud Baginda meninggalkan takhta kerajaan ialah sultan/baginda berundur dari istana.

ii) Pada pendapat saya, keadaan kelam-kabut berlaku mengikut syair berkenaan kerana suara burung garuda itu sangat kuat dan luar biasa. Selain itu, burung gurda itu sangat  kuat  menyebabkan rakyat gempar serta menjadi ketakutan sehinggakan mereka terpaksa melarikan untuk mengelakkan serangan burung gurda berkenaan.

iii) Dua pengajaran daripada syair di atas ialah kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh kebahagiaan. Selain itu, kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana negara kita sentiasa aman dan makmur.




SOALAN 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ]


Soalan 3 (a) Bina ayat.                         
                                                                                                                        
(i) lauk-pauk – (masakan yang dimakan dengan nasi)

Ibu telah menyediakan lauk-pauk yang istimewa untuk kami sekeluarga sempena hari ulang tahun ayah.


(ii) mandi-manda – (perbuatan mandi di laut, sungai, pantai, kolam)

Puteri Hang Li Po sedang mandi-manda di kolam belakang istana ketika Laksamana Hang Tuah mencarinya.


(iii) desas-desus – (khabar angin, suara orang berbisik-bisik)

Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikat.


(iv) lintang-pukang – (tidak menentu arahnya dalam berlari, tidak tersusun, tidak kemas, tidak teratur)

Budak nakal itu lari lintang-pukang apabila dikejar oleh seekor anjing garang.


(v) gilang-gemilang – (bercahaya terang, terang-benderang, baik sekali, amat elok, cemerlang)

Majlis perkahwinan bintang popular itu berlangsung dalam suasana gilang-gemilang dengan kehadiran ribuan peminat.


(vi) turun-temurun – (dari nenek moyang turun ke cucu, berpindah dari orang tua kepada anak, daripada generasi ke generadi)

Alat muzik tradisional  yang merupakan warisan turun-temurun masyarakat Melayu akan dipamerkan di Muzium Kesenian itu.




Soalan 3 (b) Subjek dan Prediket


(i) Subjek : Anak dan isteri perokok
Predikat : berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit jantung.

(ii) Subjek : Bulu kucing kesayangan Dolly itu
Predikat : sungguh lebat dan panjang.

(iii) Subjek : Laksamana Hang Tuah
Predikat : terkenal dengan kelicikannya bermain senjata




Soalan 3 ( c ) Kesalahan ejaan dan imbuhan

Kesalahan Ejaan
Kesalahan Imbuhan
i
kapitan - kopitiam

memulai  - memulakan
ii
compang camping – compang-camping

pemerhatian - perhatian
iii.
     sayogia – seyogia


     senam - bersenam


Soalan 3 (d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

Kesalahan Penggunaan Kata/istilah
Kesalahan Tatabahasa
i
merebus - mereneh

berapa-berapa jam- beberapa jam
ii
mengotorkan- mencemarkan/ menjejaskan/memburukkan

ke kalangan - dalam kalangan
iii.
     menonton - melayari/mengakses


     sesawang laman - laman sesawang


Soalan 3 (e)  Nyatakan peribahasa

(i) sudah jatuh ditimpa tangga
(ii) seperti kacang lupakan kulit
(iii) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya




SOALAN 4: Novel

(i) Tema

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Di Sebalik Dirana oleh Dayang Noor, terdapat tema yang telah saya pelajari.

Tema novel ialah ketaasuban terhadap teknologi hingga mengetepikan nilai kemanusiaan Contohnya, Karl memasukkan mikrocip ke dalam tubuh anaknya, Farisha untuk menjadikannya genius. Selain itu, Karl menyeksa isterinya hingga cacat dan menukarnya menjadi cyborg.

Kesimpulannya, berikut merupakan tema yang telah saya pelajari.




(ii) Persoalan


Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Di Sebalik Dirana oleh Dayang Noor, terdapat beberapa persoalan yang telah saya pelajari.

Antara persoalan novel ialah kasih sayang adik terhadap abangnya. Contohnya, Farisha berasa sedih apabila mendapat tahu abangnya,Azraai menghidap penyakit jantung ketika makan malam di rumah Azraai.

Selain itu, persoalan sikap prihatin terhadap rakan. Contohnya, sebagai rakan yang prihatin, Shida dan Rosman melawat Farisha yang sakit dan dirawat di wad 2B. Rosman berasa terkilan kerana membiarkan Farisha bekerja sendirian.

Akir sekali, persoalan keberanian dalam membuat keputusan. Contohnya, Farisha berani menerima tawaran daripada Soft lab untuk menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran 1.5 juta.

Kesimpulannya, berikut merupakan beberapa persoalan yang telah saya pelajari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan