- Mari belajar apakah FORMULA TIS?
Formula Karangan : T + I1 + I2 + I3 + S (TIS)
(T) Tema :
(I1) Isi pertama :
(I2) Isi kedua :
(I3) Isi ketiga :
(S) Siapa (rujuk IKUT TEMA): pelajar / remaja/ murid/ ibu-bapa/ masyarakat/ kerajaan
Ramai yang keliru apakah Tema dan Siapa dalam FORMULA TIS?
Hari ini kita akan belajar dua sahaja :
- T (TEMA)
- S (SIAPA)
T dan S dapat dilihat arahan pada soalan karangan. Di bawah ini ialah CONTOH TAJUK bagi karangan.
1. Telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja pada masa ini. Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid.
Tema : kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid
Siapa : murid
2. Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Tema : usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Siapa : anak-anak
3. Gejala rasuah dalam kalangan masyarakat perlu dibanteras supaya imej negara tidak terjejas.Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani gejala ini.
Tema : langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani gejala ini.
Siapa : pelbagai pihak
4. Pergolakan dan peperangan yang berlaku di sesebuah negara telah menyebabkan berlakunya krisis pelarian yang semakin serius. Ulaskan kesan-kesan yang timbul akibat daripada krisis tersebut.
Tema : kesan-kesan yang timbul kepada negara akibat daripada krisis pelarian.
Siapa : negara
* siapa tidak ditulis pada tema, sila baca keseluruhan soalan tersebut.
5. Ramai remaja yang bercita-cita mahu menjadi remaja yang cemerlang dalam segala aspek kehidupan. Huraikan cara-cara yang harus dilakukan oleh remaja untuk mencapai hasrat tersebut.
Tema : cara-cara yang harus dilakukan oleh remaja untuk mencapai hasrat tersebut.
Siapa : remaja
Su
6. Dalam majlis meraikan kejayaan anda yang cemerlang dalam akademik, anda diminta menyampaikan ucapan. Ucapan anda berfokus kepada ciri-ciri rakan sejati anda yang telah mendorong kecemerlangan diri anda. Sediakan teks ucapan anda itu selengkapnya.
Tema : ciri-ciri rakan sejati anda yang telah mendorong kecemerlangan diri anda
Siapa : rakan sejati anda
7. Kehidupan remaja masa ini penuh dengan cabaran. Jika cabaran tersebut tidak dihadapi dengan baik, remaja mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial. Jelaskan cabaran-cabaran tersebut dan langkah yang harus diambil oleh golongan muda bagi menanganinya.
Tema : cabaran-cabaran tersebut dan langkah yang harus diambil oleh golongan muda bagi menanganinya.
Siapa : golongan muda
Tamat. Adakah anda faham atau tidak faham???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan