AWAK & KAKTUS

AWAK & KAKTUS
Oleh: Nufaa.M

AHAD, 22 November 2015.
Seperti biasa, rutin hujung mingguku di isi dengan duduk melepak di rumah sahaja. Tak ada perancangan nak ke mana-mana. Lagi-lagi penyewa yang tinggal sorang macam aku ni yang tak ada housemates sebab aku lebih suka tinggal sendiri daripada berkongsi rumah. Biarlah aku rasa macammana hidup berdikari.
  Tapi, aku mengaku juga yang hidup sorang ini memang membosankan dan menyedihkan sebab kau tak ada tempat untuk berkongsi cerita pada sesiapa pun. Semalam, ibu menelefon aku. Soalan pertama ibu pasti akan tanya, “Kamu bila nak bawa menantu ibu datang rumah?”
      Aku garu kepala aku yang tak gatal. Aku tak tahu nak jawab apa pada ibu. Kalaulah ibu tahu yang aku ni masih single, pasti ibu carikan menantu ikut pilihan hati ibu. Lagilah aku tak nak. Jadi, aku jawab simple je, “In Shaa Allah, ibu.”
    Itupun ibu masih membebel lagi sebab aku jawab dengan alasan yang sama berulang-ulang kali. Tapi, biarlah.
   Pagi tadi, ada seorang jiran yang baru berpindah sebelah dengan rumah aku. Sibuk sangat nak tahu siapa orangnya, aku sengaja pergi ke depan sambil siram pokok-pokok bunga di halaman rumah aku. Sekali-sekali aku pandang juga. Lelaki rupanya. Muda.
Entah tiba-tiba dia balas pandangan aku. Dia tersenyum.
“Assalamualaikum, cik Fya yang cantik manis,” tegur pemilik perumahan kami iaitu Encik Azam atau dikenali sebagai Pak Zam. Peramah orangnya tapi suka menyakat. Sudah berkahwin anak tiga.
“Waalaikumsalam, Pak Zam.”
“Sekarang cik Fya dah ada jiran kat sebelah rumah.”
“Oh, iye ke?”
“Tak nak kenal-kenal dulu ke cik?” Pak Zam dah mula mengusik.
Aku jenguk sedikit. Kot-kot jiran sebelah dengar ke tak perbualan kami. Tapi, nampaknya dia sibuk mengemas barang-barangnya.
“Hensem tak Pak Zam?” bisik aku. Juga melayan kerenah Encik Azam.
“Mestilah cik. Cik kenal-kenallah dulu. Cik pun single lagi kan?”
“Hish, Pak Zam ni! Malulah saya.”
Pecah gelak Encik Azam akhirnya.
“Pak Zam!” ‘Jiran’ memanggil.
Aku pun buat-buat kerja aku. Menyiram pokok-pokok bunga tapi aku pasang telinga juga mendengar perbualan mereka.
“Pak Zam. Terima kasih tolong hantarkan barang-barang saya ke sini.”
“Sama-sama. Nanti kalau ada apa-apa masalah, contact Pak Zam. Tak pun bagitau kat cik Fya ni.”
Laju kepala aku menoleh apabila namaku di sebut-sebut oleh Pak Zam. Pak Zam ni memang sengaja nak kenakan aku ni.
Kedua-duanya dah tersengih-sengih pandang aku.
“Pak Zam, Fya masuk dululah.” Aku minta diri untuk angkat kaki dari situ.
“Cik Fya janganlah marah.” Pak Zam mengusik lagi sambil senyum-senyum.
“Tak adalah Pak Zam. Kerja saya dah selesai ni. Mintak diri dulu ya.” Tak ada pusing-pusing lagi aku terus masuk ke dalam rumah menyelamatkan diri.


RUMAH sebelah aku ni memang dah lama kosong tanpa penghuni. Setiap malam gelap-gelita sahaja. Tapi hari ini, lampu terang-benderang sebab penghuninya dah ada. Syukur juga. Sekurang-kurangnya keselamatan aku di sini terjamin walaupun aku tak kenal lagi ‘jiran’ baru ni. Tapi, tak semuanya baik-baik sahaja kan? Ada satu benda yang aku memang tak berkenan!
     Bilik tidur ‘jiran’ betul-betul kat sebelah bilik aku. Dalam jarak 10 meter, aku dah boleh nampak kelibatnya berlegar-legar di bilik tidur melalui tingkapnya yang tak tertutup. Tak ada privacy langsung!
    Esoknya aku balik dari kerja, aku dah nampak kelibat jiran baru keluar dari rumah Mak cik Ross, jiran sebelah rumah dia. Entah apalah dia buat kat rumah Mak cik Ross. Lebar benar senyuman Mak cik Ross dari muka depan pintu.
     “Cik!” aku dengar seseorang memanggil masa aku tengah buka pagar rumah.
       “Ya?”
    “Tunggu sekejap ye cik. Saya nak bagi sesuatu.”
      Tak sempat aku tanya apa-apa, dia dah berdesup masuk ke dalam rumah dia. Aku parking dulu kereta aku sambil menunggu. Tidak lama selepas itu, dia datang bersama mangkuk tingkat di tangannya.
   “Saya masak lauk lebih sikit tadi. Ini untuk cik.”
       Mangkuk tingkat bertukar tangan.
       “Nama saya Haris.”
   “Fyana. Panggil Fya je. Terima kasih untuk lauk ni.”
     “Sama-sama. Kalau ada rasa yang kurang saya minta maaf ya? Saya minta diri dulu. Selamat berjiran, cik.” Haris angkat tangan melambai dekat aku sambil tersenyum.
     Aku pulak teragak-agak untuk membalas lambaiannya. Last-last, aku cuma balas senyuman Haris.
      “Oh ya, cik!”
       Apa lagi ni, getus hati aku.
   “Hmm, comel kaktus cik dekat tingkap bilik tu!”


KAKTUS? Terkebil-kebil mata aku. Kaktus ni ke yang dia maksudkan? Ya, aku letak anak kaktus yang kecik ni dekat tingkap bilik aku sebab aku suka dapat tengok ia hari-hari. Lagipun, kaktus tak memerlukan penjagaan yang complicated. Hanya perlu disiram dengan air sahaja.
      Pokok-pokok bunga yang lain aku letak di halaman rumah. Hobi aku memang suka menanam pokok bunga. Sebenarnya, aku dapat dari seseorang anak kaktus ni. Asalnya, aku nak beli di kedai bunga beberapa hari yang lalu tapi penjual kata seseorang dah bayarkan untuk aku. Peliknya, aku tak nampak sesiapapun di situ kecuali aku dan penjual sahaja. Rasanya, penjual tu saja nak ushar aku. Tapi, tak apa. Aku terima juga pemberiannya. Biarlah aku jaga anak kaktus ni. Semoga ia membesar dengan subur dan sihat.
       Nak di jadikan cerita pada suatu hari, PRANG!
       Terkejut aku mendengar bunyi pecah semasa aku tengah sibuk di dapur. Aku bergegas ke tingkat atas untuk tahu puncanya. Cermin kaca bilik aku pecah! Barang-barang atas meja aku berterabur habis. Ada sebiji bola sepak telah menceroboh masuk ke bilik aku. Paling sadisnya, anak kaktus aku jatuh terjepuk ke bawah. Apa lagi, laju kaki aku berlari mendapatkan pokok kaktus aku.
     Sedihnya aku! Pokok kaktus aku dah terkeluar dari pasunya. Pasu pun pecah berkecai. Apabila aku kembali ke rumah, Haris dah menunggu aku di depan pintu. Ada rasa serba-salah di wajahnya.
         “Fya…”
         “Apa?”
      “Maaf.. maaf pasal tingkap kaca awak pecah dan kak…” Dia pandang anak kaktus di tanganku.
    Aku mengeluh berat. “Tak apa. Saya masuk dulu Haris.”
       Mood aku terus down. Aku buang anak kaktus aku ke dalam tong sampah. Haris hanya memerhati tingkah aku sehingga aku masuk ke dalam rumah. Sejak hari itu, aku selalu mengelak daripada terserempak dengan Haris. Nak kata marah, tak juga. Tapi, aku rasa sedikit terkilan dengan perbuatannya. Walaupun dia dah belikan anak kaktus baru untuk aku tapi aku menolak pemberiannya sebab ia tetap bukan anak kaktus yang sama macam dulu.
     Kadang, dia cuba panggil aku melalui tingkap biliknya tapi aku buat-buat tak dengar. Lepas tu, dia hantar makanan dekat rumah aku. Aku ambil. Ucapkan terima kasih dan tutup pintu. Alasan yang selalu aku ucapkan, “Sibuk.”


TIBA-TIBA pada suatu hari, aku datang semula ke kedai bunga itu. Niat aku cuma nak tengok-tengok bunga dekat situ. Mana tau aku berkenan nak beli. Dan kebetulan pula, aku terserempak dengan Haris. Pada masa itu, aku dah tak boleh nak mengelak daripada tak bertegur-sapa dengan Haris.
        “Fya..”
        “Eh, Haris?”
        “Dari mana ni?”
        “Baru balik kerja. Awak dah lama dekat sini?”
        “Erm, ye.”
     “Oh.. Fya pergi tengok bunga kat sana kejap ye?”
        “Ye. Baiklah.”
    Kekok rasanya bila bercakap dengan Haris semula. Tapi, sampai bilalah aku akan menjauhkan diri dari Haris macam ni? Kasihan pula dekat Haris padahal dia tak sengaja pun. Cuma aku yang teremosional lebih. Harap-harap dia tak ambil hati dengan perangai aku.
  Entah sejak bila aku dah berada di kawasan tanaman pokok-pokok kaktus. Semua jenis kaktus berada di sini. 
Mataku mencari-cari pemilik kedai. Aku nak beli satu pokok kaktus ni. Tapi, orangnya tak ada. Aku nampak cuma ada aku, Haris dan beberapa pelanggan di sini. Haris siap bercakap dengan pelanggan.
Entah-entah, Haris pemilik kedai ni tak?
“Haris.”
Haris menoleh sambil menjawab panggilanku.
“Nampak pemilik kedai ni tak?” Aku sengaja nak test dia.
“Oh, dia dekat dalam agaknya. Kejap eh saya panggilkan.”
“Eh, tak apa Haris. Fya boleh panggilkan sendiri. Thanks.” Oh, maknanya bukan Haris. Silap tekaan aku.
Ada pondok kecil di tengah-tengah kedai. Segala pembayaran di buat di situ. Dari kejauhan, aku dah nampak pemilik kedai. Dia tersenyum ke arah aku.
“Erm, kalau tak silap, ni cik yang saya bagi kaktus tempoh hari kan?”
“Ye…” Dia ingat lagi rupanya. Entah kenapa aku rasa suka dekat pemberi kaktus ni. Manis orangnya bila tersenyum. Tambah pula, kami ada hobi yang sama. Suka dengan tanam-tanaman.
“Kaktus okay?”
Alamak. Aku terpaku. Terpukul dengan soalannya. Takkan nak cakap kaktus tu dah aku buang? Nanti apa pula katanya?
“Err, o..okay!”
Dia hanya tersenyum.
“Err, saya nak beli satu lagi kaktus. Ni dia.” Aku letakkan pokok kaktus di atas meja pembayaran.
Eh, aku terperasan akan sesuatu. Satu pokok anak kaktus berada di atas meja. Kaktus dan pasunya macam aku kenal. Tapi aku tak pasti dengan firasat aku.
“Dulu tak perasan pulak ada anak kaktus dekat sini?” tegurku.
“Memang tak ada cik. Anak kaktus ni hampir mati hari tu tapi sekarang dah semakin membaik.”
“Oh…”
Sambil menyerahkan kaktus yang dibungkuskan, pemilik kedai bertanya, “Cik tak nak tahu siapa yang bagi kaktus hari tu?”
“Bukan awak ke?”
“Eh, tak. Bukan saya.”
“Habis?”
“Kawan saya.”
“Kawan awak?”
“Ye. Tu..”
Aku menoleh mengikut arah mata pemilik kedai tu. 
“Haris?”
       "Ye, Haris. Cik kenal?”
       “Ye. Haris, jiran sebelah rumah saya…”
      “Oh, jadi kaktus ni… Hari tu, Haris bawa kaktus ni ke sini. Katanya, dia tak sengaja rosokkan kaktus ni. Hari-hari dia jaga kaktus ni jadi sihat semula. Alhamdulillah, kaktus ni semakin membaik. Tapi sayangnya, pemilik kaktus ni dah tak nak terima kaktus ni lagi.”
“Jadi, ciklah yang punya kaktus ni..”
Aku terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Rasa bersalah yang teramat pada Haris. Haris, aku minta maaf sangat-sangat... Huhu~
                                                                                    

   Tamat..
  #Moga Terhibur 😊

Didedikasikan buat seorang sahabat Sabahanku, An. Suatu hari, dia mengatakan hasrat hati untuk menjaga kaktus pada aku. Semoga anak kaktusnya semakin membesar. Jaga leklok yerr... tapi yang ni bukan anak kaktus An. Ianya kepunyaan aku. Tak sempat nak snap picture kaktus An. huhuhu~
              


Tiada ulasan:

Catat Ulasan