SHE IS MISS VAMPIRE

SHE IS MISS VAMPIRE
Oleh: Nufaa.M

SETAPAK kaki melangkah masuk dari pagar sekolah, mata-mata dah mula pandang aku. Berbisik-bisik sesama sendiri. Hari-hari macam ini. Sampaikan aku dah muak dan tak berperasaan. Aku orangnya tak mesra dan tak suka nak senyum dekat orang. Nak buat macam-mana? Inilah diri aku. Paling menggerunkan katanya, pandangan aku yang tajam ni menakutkan. Oleh sebab itulah, gelaran ‘Miss Vampire’ untuk aku telah wujud.
            Tapi, aku tak kisah apa pun pandangan orang dekat aku. Aku cuma jadi diri aku sendiri dan sikap aku memang macam ni sejak aku kecik lagi. Jadi, aku pekakkan telinga ajelah berhadapan dengan semua ni.
            Tiba-tiba kedengaran bunyi riuh rendah di belakang. Siapa lagi kalau bukan Raja Idaman sekolah kami, King gelarannya. Aku akui King memang lelaki yang kacak, murah dengan senyuman, baik, bijak dan perfectlah! Semua budak perempuan dekat sekolah ni sibuk nak usyar King tapi aku dengar satu pun tak melekat dengan King. Entahlah. King memilih gak kot orangnya. Tapi, gadis paling cantik dekat sekolah kami pernah gak cuba dekat-dekat dengan King. Tak menjadi jugak. Tak tahulah taste King ni macam-mana. Biarlah. Apa aku kisah?
            Tidak semena-mena, aku ditolak. Eee, sibuk nak kejar King aku pulak yang kena tolak ke tepi. Mangkuk betul diorang ni!
            Baharu saja aku melangkah ke dalam kelas, budak-budak perempuan kelas aku dah mula jeling-jeling aku. Pagi-pagi dah buat aku bad mood!
            “Hanna!”
            Hah, yang panggil aku ni namanya Meera. Budak ni jelah yang sudi nak berkawan dengan orang macam aku ni.
            “Jom ke café. Breakfast.” Meera tarik tangan aku sebelum sempat aku cakap apa-apa.

“HANNA, Hanna! Tengok sana! Ada Kinglah. Tak sia-sia kita datang sini. Jom temankan aku pergi tegur dia?”
            “Meera… aku tak naklah. Kau pergilah. Aku tunggu kau kat sini.”
            “Hanna, temanlah aku. Kejap je. King tu okaylah. Mehlah…”
            Meera tarik-tarik aku lagi. Semata-mata nak jumpa King. Ee, Meera ni! Dia punya gedik sama je macam budak-budak perempuan lain tu. Urgghhh~
            “Hai… King!” Meera angkat sengih pada King yang duduk seorang diri. Macam biasa, ada nota di tangannya.
            “Hai…”
King pula layankan aje perangai Meera. Siap tunjuk senyuman dia yang menawan lagi menggoda tu. Apa-apa jelah, King.
            “Ingat saya lagi tak? Saya reporter sekolah yang hari tu interview awak untuk rencana sekolah.”
            “Meera?”
            “Haah! Sayalah tu. Tak sangka awak ingat lagi nama saya?”
Meera dah mula menunjukkan kegedikannya pada King. Behave, Meera! Behave!
“Saya cepat mengingat.”
“Mestilah kan? Sebab tu awak bijak. King, kenalkan kawan saya. Hanna.”
Aku tak pandang pun muka King. Buat-buat pandang tempat lain. Malas aku nak berkenalan bagai ni. Lagipun King bukan taste aku. Aku tak nak tambah kuota untuk jadi ahli peminat dia.
“Miss Vampire?”
Terkejut beruk aku mendengar gelaran itu keluar dari mulut King. Laju kepala aku menoleh sambil menatap mata King. King pun tahu pasal Miss Vampire yang ntah apa-apa ni?!
“Hahaha. King pun kenal Miss Vampire, eh?”
“Ye. Popular cik Vampire kita ni. Hahaha.”
Ee, geramnya aku! Siap dia ketawakan aku pulak tu! Ingat lawak?
“Meera, dahlah. Jom balik.” Aku dah tak tahan di sini. Aku tarik Meera paksa untuk beredar dari situ secepat yang mungkin.

PAPP! Selembar kertas dihempas atas meja kelas aku. Tak ada adab sopan langsung minah ni.
            “Apa ni?”
            “Jadual bertugas baru. Hari ni giliran kau untuk kemas stor sukan lepas kelas ni.” Erika, ketua kelas aku memberi arahan.
            “Tapi, semalam aku kan dah kemaskan? Kenapa aku lagi?”
            “Kan aku cakap ni jadual baru. Ikut jelah.”
            Aku mengeluh. Erika langsung tak berkompromi. Dasar diskriminasi! Dia ni memang sengaja nak kenakan aku. Sakitnya hati aku. Tapi takpe, kali ni aku bagi chance dekat kau. Lain kali, jangan haraplah!
            Selepas tamatnya kelas Pendidikan Jasmani, aku kemas bilik stor sukan seorang diri. Hantu betul partner aku. Sampai hati dia tinggalkan aku sorang-sorang kemas stor yang bersepah ni. Sabar Hanna, sabar. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dan senyum~
            Sedang aku leka mengemas, aku dengar bunyi tapak kaki masuk ke dalam stor. Siapa pulaklah? Aku perhatikan sahaja gerak-gerinya. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran aku. Kelihatan dia sedang mencari-cari sesuatu. Akhirnya, aku keluar dari tempat persembunyian aku.
            “Cari apa?”
            Pantas dia menoleh. Tersentak aku melihat wajah King dah memerah. Matanya berair. King menangis???
            “Tolong, tolong aku carikan barang aku. Aku.. aku rasa aku jatuhkan barang aku dekat sini. Barang tu penting sangat-sangat. Aku tak boleh kehilangan benda tu!”
            Inilah kali pertama aku nampak King kalut macam ni. Selalunya aku nampak King bukan orang macam ni. Dia sentiasa tenang sepanjang masa tapi hari ni…
            Tiba-tiba King tarik tangan aku. Merayu-rayu agar aku membantunya mencari ‘benda’ tersebut. Tapi, ‘benda’ apa?
            “Yelah, yelah aku tolong kau.”
            Cari punya cari, aku tak nampak apa-apa pun. Apa yang King cari sebenarnya? Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang menarik perhatian aku.
“Apa benda ni?” Siap aku picit badannya sampai berbunyi pin-pin pulak tu.
King pantas mendekati aku. “Hah! Yang tu! Yang tu yang aku cari!”
Muka aku dah berkerut-kerut. Apa? Apa yang penting sangat dengan patung penguin ni?
“Tolonglah bagi dekat aku.. Aku akan buat apa sahaja untuk kau. Aku sanggup demi penguin aku tu. Huhu~”
Aku terdiam sambil pandang tajam pada King. Hari yang malang buat King. Tak sangka, rupanya lelaki yang perfect macam King ni ada jugak kelemahannya. Nak bagi ke tak, eh?
“Huhu~ Tolonglah.. Nak aku melutut untuk kau pun aku sanggup..”
Nak bagi ke tak? Memang ni peluang aku nak kenakan King!
“Tolong…”
“Nah..”
King terkedu. Dia tak tahu nak cakap apa.
“Apa permintaan kau? Aku akan tunaikan selagi aku mampu..”
“Tak ada.”
“Tak ada? Serius?”
“Seriuslah. Aku bukannya jahat sangat pun. Ambiklah.”
King ambil patung penguinnya dari tangan aku.
“Cuma aku minta, tolong jangan menangis. Buruk tau tak?”
King sapu tubir air matanya. Dia sendiri tidak perasan dirinya sedang menangis di hadapan seseorang. Nampak King menahan malunya di hadapan aku.
“Tak payahlah malu. Aku takkan cakap kat oranglah pasal hari ni. Tapi, apa yang penting sangat dengan patung tu? Nampak macam biasa-biasa je aku tengok.”
“Patung ni.. penting. Sebab dia ibarat tuah aku. Sebelum aku ada patung ni nasib aku sangat malang. Semua benda aku buat takkan menjadi. Selalu ada masalah. Tapi, sejak arwah mama bagi patung ni dekat aku, semuanya berubah. Aku berjaya sampai sekarang pun sebab patung ni selalu ada dekat dengan aku.”
Err, boleh pulak kau percaya benda karut tu King? Aku tengok patung biasa je pun.
“Terima kasih. Terima kasih sebab jumpa patung ni. Kalau kau tak ada, aku tak tahu apa akan jadi dengan nasib aku. Terima kasih sangat-sangat.”
“Yelah, yelah. Bukan ada apa-apa pun. Aku cuma pulangkan barang kau. Tu je.”
King tersenyum mendengar kata-kata aku. Lama sampai aku rasa tak selesa tengok senyuman dia tu. Minta jauhlah aku akan jatuh cinta dengan King.
“Terima kasih lagi sekali. Rupanya, Miss Vampire ni taklah sejahat yang orang kira. Mereka silap.”
“Biasalah mulut orangkan? Biarkan ajelah.”
“Tolong rahsiakan hal ni.”
“Ye.”

SEJAK pertemuan yang tak disangka itu, semua berubah. Asyik-asyik King cari aku. Cari aku sampai ke kelas pulak tu. Dia banyak tolong aku buat tu buat ni. Sampaikan pelajar-pelajar perempuan yang tergila-gilakan King, mula pandang serong pada aku. Sudahlah kehidupan aku sebelum ni memang tak menyenangkan tambah lagi kali ni, semakin menyakitkan hati. Sehingga satu tahap aku dah tak tahan kena maki, herdik dan segala macam tu.
            “Tolong jangan cari aku lagi.”
            “Apa? Kenapa? Kenapa nak putuskan persahabatan kita?”
            “Tolonglah King. Kau pun tahu kan orang tak suka tengok aku dekat dengan kau. Aku yang kena hadap semua ni. Aku rasa kita patut kembali macam dulu. Aku dengan hidup aku. Kau dengan hidup kau.”
            “Tak, Hanna!”
            “Kenapa tak? Aku boleh tapi kenapa kau tak?”
            King terdiam sambil tertunduk.
            “Fahamlah situasi aku King…”
            King diam lagi.
            “Selamat tinggal, King.”

ITULAH kali terakhir aku bercakap dengan King. Dah sebulan berlalu. Setiap kali terserempak dengan dia, aku buat tak tahu. Kadang tu, aku jauhkan diri dari dia. Tapi.. entah kenapa sampaikan pada suatu hari, aku jadi rindu pada King. Aku nak King layan aku macam dulu-dulu. Urm, apa dah jadi ni?!
            Aku sandarkan diri pada kerusi tempat dudukku. Tiba-tiba berbunyi pinn kedengaran dari dalam beg aku. Macam aku kenal bunyi tu. Aku selongkar beg aku. Eh, ni kan penguin King? Tuah King. Tanpa berfikir panjang, aku pergi hantar penguin pada King selepas tamat sekolah.
            “Nah.”
            “Penguin aku…”
            “Maaf aku baru perasan penguin ni dalam beg aku. Kau mesti cari, kan?”
            Tiba-tiba King tersenyum. Entah apa yang mengusik hatinya. King ni dah tak betul agaknya. Mereng sebab penguin dia gagal dijumpai.
            “Sebenarnya, aku tahu penguin ni ada dekat kau. Sebab.. aku yang letakkan.”
            “Ha? Sejak bila?”
“Sejak hari terakhir kau putuskan persahabatan kita..”
“Tapi kenapa, King? Kau sendiri cakap kan benda ni penting untuk kau? Kau tak boleh hidup tanpa benda ni?”
King dah mula buat perangai senyap dia. Terdiam. Sama macam hari tu.
Aku goncang tangan King, “King, cakaplah..”
“Hanna.. sejak aku jumpa kau, kenal kau, aku rasa tenang ada dekat kau. Aku ingat selama ni hanya penguin aku yang boleh buat aku rasa tenang dan tak kalut tapi rupanya kau jugak adalah sumber inspirasi aku. Aku rasa sedih sangat bila kau tiba-tiba putuskan hubungan kita tapi aku diam sebab kau minta aku faham keadaan kau. Selama kau menjauh daripada aku, aku rasa aku lebih takut kehilangan kau berbanding penguin aku yang membawa tuah selama ni. Dari situlah aku tahu tuah aku tak lagi pada penguin ni. Aku sengaja letak penguin ni dalam beg kau sebab aku nak kau datang pada aku dan aku nak cakap sesuatu dekat kau..”
 “..aku suka kau, Hanna. Kaulah tuah aku yang sebenarnya.”
Aku terkedu. Untuk kali ni, aku pulak yang terdiam lama. King lemparkan senyumannya pada aku. Betapa aku merindui wajah itu.
Aku balas senyuman King sambil menangis terharu.
“Hanna, jangan tinggalkan aku lagi..”
Aku mengangguk. Biarlah orang nak cakap apa sekali pun. Aku akan tetap bersama dengan King.
Kalau aku adalah tuah King, King pula adalah raja di hati aku buat selamanya.

~Tamat~
           
         [Rabu, 25 Nov.2015]

Asalnya nama ‘Miss Vampire’ ni wujud
dari seorang sahabat baik aku. She is Perlis girl.
Gelaran ni digunakan sabagai Wechat name-nya. 

If sape-sape yang nak berkenalan tu, carilah nama ni, ye? hohoho~

 Pasal penguin pula adalah sebagai pemanis rasa je. Aku lagi suka gajah daripada penguin. 🐘 ✌


This short story was dedicated for you, Farhana! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan