ISTERIKU PENGINTIP
Oleh: Nufaa. M

AKU mundar-mandir di hadapan bilik tidurku. Resah dan gelisah jiwaku. Nak masuk ke tak ye? Akhirnya aku menghembus nafas sekali lalu menguak pintu bilikku. Sebaik aku membuka pintu, mulutku ternganga besar apabila melihat suamiku menyelerakkan barang-barang di dalam kotak merah jambu berbentuk love kepunyaanku di atas meja solek. Ada buluh tangkis badminton, jersi bola sepak nombor tujuh, sapu tangan dan kunci lokar.
Airie menoleh menghadapku apabila menyedari kehadiran aku sambil memeluk tubuh.
“Ni barang-barang sayakan?” Tanya Airie menyebabkan aku semakin tidak keruan.
           
DI sisi pintu gerbang sekolah, aku berdiri seorang diri. Sesekali tanganku mengemaskan tudung yang di tiup angin sepoi-sepoi bahasa sambil menunggu kehadiran Meera, sahabat baikku.
            “Maira, maaf lambat. Jom.” Meera menarik tanganku lalu kami berlari masuk ke kawasan sekolah dengan segera. Nasib baik ada lima minit sebelum nama kami ditulis sebagai pelajar yang lambat ke sekolah.
            Sedang aku leka berlari, tiba-tiba aku terlanggar seorang lelaki yang agak tinggi. Dia tidak langsung memandangku kerana dia juga kelihatan tergesa-gesa dan dia meninggalkan sapu tangannya yang tercicir di atas jalan. Aku segera mengambilnya dan tertera nama Airie tersulam pada sapu tangan itu.
            Sungguh aku terkejut. Lelaki tadi Airie? Dia adalah lelaki idamanku semenjak aku berpindah sekolah sehinggalah aku berada di tingkatan tiga tahun ini. Airie pula merupakan pelajar tingkatan empat. Aku mula menaruh minat terhadapnya kerana dia seorang pelajar yang aktif dan ketua pengawas yang bertanggungjawab.
            “Maira, kau tengok apa tu? Cepatlah nanti lambat pulak.”
            Meera risau sungguh takut kami terlewat hadir ke kelas Puan Maria. Lebih-lebih lagi Puan Maria tu garang. Pantang lambat sikit dia dah bagi denda. Firasatku benar dan kami di hukum berdiri dengan mengangkat sebelah kaki dan tangan ke atas selama sepuluh minit.
            “Maaf sekali lagi Maira. Tak pasal-pasal kau kena sekali sebab kelewatan aku.”
            “Tak pelah. Nak buat macam mana kalau nasib kita tak baik hari ni.” Jawabku ringkas.
            “Tapi, aku rasa nasib kau ada sikit perisa hari ni.”
            “Maksud kau?”
         Meera memuncungkan mulutnya untuk menunjukkan sesuatu padaku. Mataku terbeliak melihat Airie muncul dari belakangku. Mereka memberitahu guru kelas kami untuk mengadakan spot check mengejut bersama-sama rakan pengawas yang lain. Puan Maria mengiakan sahaja.
            “Kami buat spot check badan sekali ya?”
            Alamak, habislah! Sapu tangan Airie dalam poket aku. Mesti dia ingat aku mencuri ni. Tanpa fikir panjang, aku selitkan sapu tangan itu di celah pinggang pada skirt biru labuhku. Aku lihat Airie sibuk memeriksa beg masing-masing. Fuh, nasib baik semuanya selamat!

Aku melewati kawasan padang sekolah. Entah tiba-tiba ternampak Airie sedang leka bermain badminton bersama temannya. Wah, kacaknya Airie! Peluh yang keluar di celah dahinya membuatkan dia bertambah seksi. Tidak semena-mena muncul idea gilaku untuk curi tengok perlawanan Airie di sebalik semak.
       Apabila Airie berjaya mendapat mata dari sahabatnya yang tidak kurang hebatnya itu, menyebabkan aku melonjak gembira.
            “Yeay!” jeritku keriangan.
            Ternyata jeritan yang kusangka kecil itu telah menarik perhatian Airie dan sahabatnya. Cepat-cepat aku duduk menyorok di semak itu. Kelihatan mereka mencari-cari suara itu dan kemudiannya meneruskan perlawanan. Nasib baik!
            Tiba-tiba, terasa satu benda keras terjatuh betul-betul di atas kepalaku. Aku mengaduh dan sebuah bulu tangkis berada di hadapanku. Tidak syak lagi kepunyaan Airie dan sahabatnya. Matilah kalau dia nampak aku menyorok dekat sini. Aku lihat Airie semakin menghampir. Dengan keterpaksaan, aku mengambil bulu tangkis badminton itu lalu berlari pecut bagai lipas kudung.
            “Hei!”
       Panggilan suara itu langsung tidak aku hiraukan. Nyawa sendiri lebih penting sekarang. Kantoilah kalau dia nampak muka aku. Dua minggu lepas pun nyaris-nyaris kena tangkap basah jugak dengan Airie.
Kawan sekelas aku, Tan suka sangat menyakat aku. Sampai satu tahap dia tidak sengaja tumpahkan air dekat karangan aku yang perlu di hantar pada Puan Maria. Bila puan mengamuk dekat aku, aku terus naik angin dengan Tan. Jadi, aku pergi rabak lokar dia dan koyakkan baju jersi dia. Puas hati aku. Tapi, itu pun aku tak koyakkan habis sebab Airie tiba-tiba muncul. Aku yang sedang menyorok di sebalik dinding nampak dengan jelas wajah kecewa Airie atas perbuatan aku yang tersilap buka lokar orang. Amarah menyebabkan aku jadi buta mata dan gelap hati. Aku mengambil keputusan mengambil baju itu dan jahitkan semula. Kalau nak bagi balik memang taklah. Jadi aku simpan buat kenangan cukuplah.

SEPERTI selalu, aku datang awal ke sekolah. Kawasan sekolah memang agak lenggang. Tapi tak pasal-pasal aku nampak sesuatu yang tak pernah aku jangkakan akan berlaku. Airie dikerumuni oleh empat orang lelaki seusia dengannya. Lagak gaya macam mereka nak serang Airie sorang-sorang. Alamak, aku tak nak Airie kena belasah! Biasalah, hero memang selalu ada musuh.
            “Korang tak puas hati dengan aku ke?” selamba Airie bertanya.
            Seorang lelaki yang agak sasa maju ke arah Airie.
            “Memang aku ada masalah dengan kau sebab kau kacau awek aku.”
            “Siapa?”
            “Laura.”
            Kerut dahi aku mendengar nama itu. Laurakan pelajar perempuan paling hot dekat sekolah ni? Airie couple dengan dia ke? Oh, tidak!!!
            “Laura ke? Oh, I see.” Airie tersenyum sinis.
            “Jadi betullah kau dengan dia ada hubungan? Kurang ajar!” satu tumbukan hinggap di pipi Airie.
            Aku panik apabila melihat cecair merah mengalir di celah bibir Airie. Tanpa Airie sedari, serangan hendap dari arah belakang hendak menyerangnya. Tiba-tiba aku berlari dan memeluk tubuh Airie. Tumbukan kuat itu mengenai belakangku. Terasa sangat sakit dan aku pengsan tidak sedarkan diri.

AKU membuka mata perlahan-lahan. Aku lihat wajah ibu. Di sebelah ibu, ada ayah dan Meera.
            “Maira dah sedar? Syukur Alhamdulillah.” Ucap ibu.
            Aku cuba bangun tetapi aku jatuh semula. Tubuh belakangku sangat sakit.
            “Maira jangan gerak-gerak dulu.”
            “Apa jadi dengan belakang Mai, ibu? Patah ke? Lumpuh?” aku jadi panik dan air mata mula membasahi pipi apabila memikirkan kemungkinan yang buruk bakal menimpa aku.
            “Maira cakap apa ni? Belakang Maira bengkak. Dalam seminggu baiklah tu nak.”
            “Betul ke bu, ayah, Meera?”
            Mereka menjawab serentak keraguanku. Baharulah aku menarik nafas lega. Seminggu aku menahan derita tetapi selama seminggu itulah perkara magis telah berlaku dalam hidupku. Sehari sebelum aku keluar dari hospital, Airie dengan penuh gentlemennya meminta maaf di hadapan ibu dan ayah serta berasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia menawarkan diri akan memerhatikan aku di sekolah. Fuh, siap dia belikan aku makanan setiap hari pada waktu rehat. Bukan aku tak boleh berjalan tapi pergerakan aku lambatlah sebab rasa sakit itu terasa lagi.
           Tak cukup belikan makanan, dia temankan aku makan. Datang dan balik sekolahpun dia ambil dan hantar. Kalau aku suruh temankan aku ke toilet, rasanya dia sudi dukung aku. Hahahahaha. Malangnya, aku tak cukup gila lagi nak buat permintaan tak senonoh.
           Pada hujung minggu, tidak ada hujan, ribut, petir, Airie bersama mak ayah dia datang melawat aku di rumah. Wow, sampai macam ni sekali mereka risaukan aku? Terbaiklah!
            “Maaflah Maira, aunty dengan uncle baru datang jengok Maira. Maira dah sihat dah?”
            “Saya okay aunty, uncle. Sayakan kuat?” siap aku tunjuk lengan aku yang tak berapa tu.
            Tapi boleh pulak mak ayah dia gelakkan aku. Airie pun sama. Apa yang kelakar? Ibu pula dah mula jeling-jeling aku. Tandanya dia nak aku tunjuk adab yang baik.
            “Datin dengan Datuk jangan risau. Maira ni dah mula sembuh. Tadi, baru je dia berlari dengan anak kucing dia.”
            Aku sedikit terkejut mendengar gelaran yang keluar dari mulut ibu. Mak ayah Airie ni datuk dan datin? Airie ni anak orang kaya rupanya?
            “Berlari dengan anak kucing?” soal Airie tiba-tiba.
            “Ya. Maira ni satu-satunya anak tunggal kami. Selain dengan kami, dia main dengan anak kucing dia hari-hari.” Ucap ibu bersama gelaknya.
            “Samalah. Airie ni pun anak tunggal kami. Kalau Maira ni selalu main dengan anak kucing, anak kami ni pulak suka main dengan…”
            “Mom, please…”
        Datin Rosa tidak jadi menghabiskan kata-katanya apabila Airie menegah. Airie ni potong betullah! Aku pun nak tahu jugak.
            “Maaf puan, Maira, anak bujang kami ni pemalu pulak.” Datin Rosa menyelamatkan keadaan. Merah padam muka Airie.
            Begitulah kisah di mana aku mengenali kedua orang tua Airie, Datin Rosa dan Datuk Mikael. Walaupun orang kaya tapi mereka sangat baik. Ingatkan itulah pertemuan pertama kami tetapi semuanya tak berakhir dengan mudah. Mak Airie siap whatsapp aku tau. Kitorang sekarang dah jadi BFF sebab mak dia nakkan anak perempuan.
            Dalam diam juga, orang tua aku dengan orang tua Airie sepakat menyatukan kami. Itupun lepas aku tamatkan kolej selama 4 tahun, ibu bagitau dekat aku. Gilalah! Nasib baik aku tak ada couple lagi masa tu. Mungkin sebab cinta aku untuk Airie kuat sangat sampai aku tak teringin untuk bercinta walaupun aku tahu hakikatnya aku dan Airie tak mungkin bersatu. Lepas Airie melanjutkan pelajarannya ke oversea, punyalah aku meroyan habis. Nasib baiklah mak dia yang selalu bagi info fasal perkembangan Airie dekat aku. Mungkin mak dia tahu kot aku suka kat anak dia.
            Tak pernah berkawan, bercinta dan 4 tahun terpisah, tub-tub aku kahwin dengan Airie. Akulah orang paling bahagia sekali dekat dunia ni sebab Airie pun tak menolak. Cinta aku tak tepuk sebelah tangan rupanya.
            “Macam tu lah ceritanya sampailah saya kahwin dengan awak.” Aku akhiri juga cerita panjang lebarku.
            Aku pandang Airie di sebelahku. Dia hanya merenung ke depan sambil memeluk tubuh. Bantal diletakkan di belakang untuk bersandar. Kakinya melunjur. Tak pernah langsung dalam kepala otakku yang Airie akan duduk di katil tidurku macam sekarang ni. Ni mimpi ke?
            “Macam mana pula dengan kunci lokar tu? Awak tak ceritapun lagi.”
            Kunci lokar? Wow, tu tak boleh cerita. Naya aku kalau aku bocor rahsia.
            “Kenapa awak senyap?” bola mata Airie memanah tajam mataku. Tertelan liurku dibuatnya. Seram giler.
            “Haip. Saya tak mencuri okay.”
            Jawapanku itu membuatkan Airie tersenyum jahat.
            “Saya tak cakap pun yang awak mencuri. Ke awak betul-betul curi?” bisiknya.
            Aku menerkup mulut. Alamak, aku tercakap pasal curi pulak! Janganlah dia syak. Aku cuba berdalih. Kaki dah mula nak lari keluar bilik sekarang ni.
            “Eh, nak ke mana?”
            “Saya… saya nak keluarlah. Lewat malam dah ni. Awak patut tidur secukupnya.”
            “Awak nak tinggalkan saya sorang-sorang? Ni kan bilik kita? Awak dah lupa ke yang pagi tadi kita baru saje dinikahkan?”
            Aku menepuk dahi. Aku lupa.
            “Bu..bukannya saya lupa. Sebelum tidur saya memang kena minum air susu dulu.”
Alasan itu sengaja aku guna pakai. Aku tak nak cerita pasal kunci lokar tu sebab aku memang curi dari dia senyap-senyap. Belum sempat aku membuka pintu, Airie terlebih dahulu menghadang jalan aku. Cepat tangannya mengunci pintu itu.
“Siapa izinkan awak keluar?” katanya.
“Saya serius ni nak buat air. Awak ke tepi sikit.”
“Awak tak boleh lalu sebelum awak cerita pasal kunci tu. Awak tahu tak saya kena marah dan bayar denda sebab kunci lokar tu hilang? Rupanya dekat awak. Awak ni stalker yang hebat.”
Sakit hati pula aku dengar dia tuduh aku stalker walaupun hakikatnya memang betul.
“Awakkan orang kaya. Bayar denda sikit je kot awak dah berkira?”
“Saya tak kisah pasal duit. Tapi, saya nak tahu macam mana kunci lokar tu dekat awak? Sebab saya memang tak keluarkan kunci tu dari beg saya.”
“Alah, mana tau awak cicirkan?”
“Kalau saya cicirkan, kenapa awak tak pulangkan pada saya?”
Aku mula hilang kata. “Errr…”
“Tengok? Terbuktikan awak ambil dan tak pulangkan.”
Aku merengus geram. “Macamnilah. Kita deal. Saya akan cakap kalau awak bagitau rahsia awak yang nyaris-nyaris mak awak bocorkan dulu. Macam mana?”
“Hm, okay. Tapi, awak cakap dulu.”
“Saya ambil sebab saya marahkan awak sebab saya cemburu nampak awak keluar dengan seorang perempuan. Siap awak tukar profile picture awak dengan dia. Sakit betul hati saya. Lepas tu baru saya tahu tu sepupu awak. Maaf. Dah giliran awak.”
Teragak-agak Airie mengakui rahsianya. Dia meminta aku agar tidak mentertawakannya.
“Ya. Cakaplah cepat.”
“Err, saya…saya ada teddy bear besar kat rumah. Dialah peneman saya.”
“Apa?!” Sungguh aku tak percaya. Lelaki punyalah kacak dan digilai perempuan ni simpan teddy bear? Tiba-tiba aku tergelak kuat.
“Kan saya cakap jangan gelak.”
“Sebab kelakar jadi saya gelaklah. Apasal tak bawak sini teddy bear peneman awak tu? Segan dekat saya?” usikku bersama gelak yang masih tersisa.
Tiba-tiba Airie mendekatkan bibirnya ke telingaku. “Sebab awak akan jadi teddy bear saya malam ni.”
Berubah terus wajah aku mendengar usikan nakal itu. Tertelan liurku. Alamak. Aku lupa lagi yang dia sekarang suami aku. Walaupun aku sukakan Airie tapi aku segan gila dekat dia. Bila Airie mula mendekatkan mukanya perlahan-lahan pada mukaku, tiba-tiba aku mengelak.
“Jap, jap. Saya nak tanya sesuatu. Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?”
“Sebab awak berani pertaruhkan hidup awak untuk selamatkan saya dulu. Saya jatuh cinta pada awak saat itu.”
Pengakuan Airie menyebabkan aku sangat terharu lalu aku memeluknya erat. Dia juga membalas pelukanku.
“Saya sayang isteri saya si pengintip ni.” Bisik Airie bersama tawanya.
Aku hanya tersenyum dalam pelukannya. Kalau Airie sayang aku, aku lagilah sayang giler kat dia. Terima kasih Airie dan saya akan mengintip setiap gerak-geri awak sampai bila-bila. Hohohohohohoho! (Gelak jahat) -TAMAT-        garang. Pantang lambat sikit dia dah bagi denda. Firasatku benar dan kami di hukum berdiri dengan mengangkat sebelah kaki dan tangan ke atas selama sepuluh minit.
            “Maaf sekali lagi Maira. Tak pasal-pasal kau kena sekali sebab kelewatan aku.”
            “Tak pelah. Nak buat macam mana kalau nasib kita tak baik hari ni.” Jawabku ringkas.
            “Tapi, aku rasa nasib kau ada sikit perisa hari ni.”
            “Maksud kau?”
         Meera memuncungkan mulutnya untuk menunjukkan sesuatu padaku. Mataku terbeliak melihat Airie muncul dari belakangku. Mereka memberitahu guru kelas kami untuk mengadakan spot check mengejut bersama-sama rakan pengawas yang lain. Puan Maria mengiakan sahaja.
            “Kami buat spot check badan sekali ya?”
            Alamak, habislah! Sapu tangan Airie dalam poket aku. Mesti dia ingat aku mencuri ni. Tanpa fikir panjang, aku selitkan sapu tangan itu di celah pinggang pada skirt biru labuhku. Aku lihat Airie sibuk memeriksa beg masing-masing. Fuh, nasib baik semuanya selamat!

AKU melewati kawasan padang sekolah. Entah tiba-tiba ternampak Airie sedang leka bermain badminton bersama temannya. Wah, kacaknya Airie! Peluh yang keluar di celah dahinya membuatkan dia bertambah seksi. Tidak semena-mena muncul idea gilaku untuk curi tengok perlawanan Airie di sebalik semak.
            Apabila Airie berjaya mendapat mata dari sahabatnya yang tidak kurang hebatnya itu, menyebabkan aku melonjak gembira.
            “Yeay!” jeritku keriangan.
            Ternyata jeritan yang kusangka kecil itu telah menarik perhatian Airie dan sahabatnya. Cepat-cepat aku duduk menyorok di semak itu. Kelihatan mereka mencari-cari suara itu dan kemudiannya meneruskan perlawanan. Nasib baik!
            Tiba-tiba, terasa satu benda keras terjatuh betul-betul di atas kepalaku. Aku mengaduh dan sebuah bulu tangkis berada di hadapanku. Tidak syak lagi kepunyaan Airie dan sahabatnya. Matilah kalau dia nampak aku menyorok dekat sini. Aku lihat Airie semakin menghampir. Dengan keterpaksaan, aku mengambil bulu tangkis badminton itu lalu berlari pecut bagai lipas kudung.
            “Hei!”
       Panggilan suara itu langsung tidak aku hiraukan. Nyawa sendiri lebih penting sekarang. Kantoilah kalau dia nampak muka aku. Dua minggu lepas pun nyaris-nyaris kena tangkap basah jugak dengan Airie.
Kawan sekelas aku, Tan suka sangat menyakat aku. Sampai satu tahap dia tidak sengaja tumpahkan air dekat karangan aku yang perlu di hantar pada Puan Maria. Bila puan mengamuk dekat aku, aku terus naik angin dengan Tan. Jadi, aku pergi rabak lokar dia dan koyakkan baju jersi dia. Puas hati aku. Tapi, itu pun aku tak koyakkan habis sebab Airie tiba-tiba muncul. Aku yang sedang menyorok di sebalik dinding nampak dengan jelas wajah kecewa Airie atas perbuatan aku yang tersilap buka lokar orang. Amarah menyebabkan aku jadi buta mata dan gelap hati. Aku mengambil keputusan mengambil baju itu dan jahitkan semula. Kalau nak bagi balik memang taklah. Jadi aku simpan buat kenangan cukuplah.

SEPERTI selalu, aku datang awal ke sekolah. Kawasan sekolah memang agak lenggang. Tapi tak pasal-pasal aku nampak sesuatu yang tak pernah aku jangkakan akan berlaku. Airie dikerumuni oleh empat orang lelaki seusia dengannya. Lagak gaya macam mereka nak serang Airie sorang-sorang. Alamak, aku tak nak Airie kena belasah! Biasalah, hero memang selalu ada musuh.
            “Korang tak puas hati dengan aku ke?” selamba Airie bertanya.
            Seorang lelaki yang agak sasa maju ke arah Airie.
            “Memang aku ada masalah dengan kau sebab kau kacau awek aku.”
            “Siapa?”
            “Laura.”
            Kerut dahi aku mendengar nama itu. Laurakan pelajar perempuan paling hot dekat sekolah ni? Airie couple dengan dia ke? Oh, tidak!!!
            “Laura ke? Oh, I see.” Airie tersenyum sinis.
            “Jadi betullah kau dengan dia ada hubungan? Kurang ajar!” satu tumbukan hinggap di pipi Airie.
            Aku panik apabila melihat cecair merah mengalir di celah bibir Airie. Tanpa Airie sedari, serangan hendap dari arah belakang hendak menyerangnya. Tiba-tiba aku berlari dan memeluk tubuh Airie. Tumbukan kuat itu mengenai belakangku. Terasa sangat sakit dan aku pengsan tidak sedarkan diri.

AKU membuka mata perlahan-lahan. Aku lihat wajah ibu. Di sebelah ibu, ada ayah dan Meera.
            “Maira dah sedar? Syukur Alhamdulillah.” Ucap ibu.
            Aku cuba bangun tetapi aku jatuh semula. Tubuh belakangku sangat sakit.
            “Maira jangan gerak-gerak dulu.”
            “Apa jadi dengan belakang Mai, ibu? Patah ke? Lumpuh?” aku jadi panik dan air mata mula membasahi pipi apabila memikirkan kemungkinan yang buruk bakal menimpa aku.
            “Maira cakap apa ni? Belakang Maira bengkak. Dalam seminggu baiklah tu nak.”
            “Betul ke bu, ayah, Meera?”
        Mereka menjawab serentak keraguanku. Baharulah aku menarik nafas lega. Seminggu aku menahan derita tetapi selama seminggu itulah perkara magis telah berlaku dalam hidupku. Sehari sebelum aku keluar dari hospital, Airie dengan penuh gentlemennya meminta maaf di hadapan ibu dan ayah serta berasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia menawarkan diri akan memerhatikan aku di sekolah. Fuh, siap dia belikan aku makanan setiap hari pada waktu rehat. Bukan aku tak boleh berjalan tapi pergerakan aku lambatlah sebab rasa sakit itu terasa lagi.
           Tak cukup belikan makanan, dia temankan aku makan. Datang dan balik sekolahpun dia ambil dan hantar. Kalau aku suruh temankan aku ke toilet, rasanya dia sudi dukung aku. Hahahahaha. Malangnya, aku tak cukup gila lagi nak buat permintaan tak senonoh.
           Pada hujung minggu, tidak ada hujan, ribut, petir, Airie bersama mak ayah dia datang melawat aku di rumah. Wow, sampai macam ni sekali mereka risaukan aku? Terbaiklah!
            “Maaflah Maira, aunty dengan uncle baru datang jengok Maira. Maira dah sihat dah?”
            “Saya okay aunty, uncle. Sayakan kuat?” siap aku tunjuk lengan aku yang tak berapa tu.
            Tapi boleh pulak mak ayah dia gelakkan aku. Airie pun sama. Apa yang kelakar? Ibu pula dah mula jeling-jeling aku. Tandanya dia nak aku tunjuk adab yang baik.
           “Datin dengan Datuk jangan risau. Maira ni dah mula sembuh. Tadi, baru je dia berlari dengan anak kucing dia.”
          Aku sedikit terkejut mendengar gelaran yang keluar dari mulut ibu. Mak ayah Airie ni datuk dan datin? Airie ni anak orang kaya rupanya?
           “Berlari dengan anak kucing?” soal Airie tiba-tiba.
        “Ya. Maira ni satu-satunya anak tunggal kami. Selain dengan kami, dia main dengan anak kucing dia hari-hari.” Ucap ibu bersama gelaknya.
         “Samalah. Airie ni pun anak tunggal kami. Kalau Maira ni selalu main dengan anak kucing, anak kami ni pulak suka main dengan…”
            “Mom, please…”
        Datin Rosa tidak jadi menghabiskan kata-katanya apabila Airie menegah. Airie ni potong betullah! Aku pun nak tahu jugak.
            “Maaf puan, Maira, anak bujang kami ni pemalu pulak.” Datin Rosa menyelamatkan keadaan. Merah padam muka Airie.
            Begitulah kisah di mana aku mengenali kedua orang tua Airie, Datin Rosa dan Datuk Mikael. Walaupun orang kaya tapi mereka sangat baik. Ingatkan itulah pertemuan pertama kami tetapi semuanya tak berakhir dengan mudah. Mak Airie siap whatsapp aku tau. Kitorang sekarang dah jadi BFF sebab mak dia nakkan anak perempuan.
         Dalam diam juga, orang tua aku dengan orang tua Airie sepakat menyatukan kami. Itupun lepas aku tamatkan kolej selama 4 tahun, ibu bagitau dekat aku. Gilalah! Nasib baik aku tak ada couple lagi masa tu. Mungkin sebab cinta aku untuk Airie kuat sangat sampai aku tak teringin untuk bercinta walaupun aku tahu hakikatnya aku dan Airie tak mungkin bersatu. Lepas Airie melanjutkan pelajarannya ke oversea, punyalah aku meroyan habis. Nasib baiklah mak dia yang selalu bagi info fasal perkembangan Airie dekat aku. Mungkin mak dia tahu kot aku suka kat anak dia.
           Tak pernah berkawan, bercinta dan 4 tahun terpisah, tub-tub aku kahwin dengan Airie. Akulah orang paling bahagia sekali dekat dunia ni sebab Airie pun tak menolak. Cinta aku tak tepuk sebelah tangan rupanya.
           “Macam tu lah ceritanya sampailah saya kahwin dengan awak.” Aku akhiri juga cerita panjang lebarku.
          Aku pandang Airie di sebelahku. Dia hanya merenung ke depan sambil memeluk tubuh. Bantal diletakkan di belakang untuk bersandar. Kakinya melunjur. Tak pernah langsung dalam kepala otakku yang Airie akan duduk di katil tidurku macam sekarang ni. Ni mimpi ke?
          “Macam mana pula dengan kunci lokar tu? Awak tak ceritapun lagi.”
          Kunci lokar? Wow, tu tak boleh cerita. Naya aku kalau aku bocor rahsia.
       “Kenapa awak senyap?” bola mata Airie memanah tajam mataku. Tertelan liurku dibuatnya. Seram giler.
            “Haip. Saya tak mencuri okay.”
            Jawapanku itu membuatkan Airie tersenyum jahat.
            “Saya tak cakap pun yang awak mencuri. Ke awak betul-betul curi?” bisiknya.
            Aku menerkup mulut. Alamak, aku tercakap pasal curi pulak! Janganlah dia syak. Aku cuba berdalih. Kaki dah mula nak lari keluar bilik sekarang ni.
            “Eh, nak ke mana?”
            “Saya… saya nak keluarlah. Lewat malam dah ni. Awak patut tidur secukupnya.”
           “Awak nak tinggalkan saya sorang-sorang? Ni kan bilik kita? Awak dah lupa ke yang pagi tadi kita baru saje dinikahkan?”
            Aku menepuk dahi. Aku lupa.
            “Bu..bukannya saya lupa. Sebelum tidur saya memang kena minum air susu dulu.”
Alasan itu sengaja aku guna pakai. Aku tak nak cerita pasal kunci lokar tu sebab aku memang curi dari dia senyap-senyap. Belum sempat aku membuka pintu, Airie terlebih dahulu menghadang jalan aku. Cepat tangannya mengunci pintu itu.
“Siapa izinkan awak keluar?” katanya.
“Saya serius ni nak buat air. Awak ke tepi sikit.”
“Awak tak boleh lalu sebelum awak cerita pasal kunci tu. Awak tahu tak saya kena marah dan bayar denda sebab kunci lokar tu hilang? Rupanya dekat awak. Awak ni stalker yang hebat.”
Sakit hati pula aku dengar dia tuduh aku stalker walaupun hakikatnya memang betul.
“Awakkan orang kaya. Bayar denda sikit je kot awak dah berkira?”
“Saya tak kisah pasal duit. Tapi, saya nak tahu macam mana kunci lokar tu dekat awak? Sebab saya memang tak keluarkan kunci tu dari beg saya.”
“Alah, mana tau awak cicirkan?”
“Kalau saya cicirkan, kenapa awak tak pulangkan pada saya?”
Aku mula hilang kata. “Errr…”
“Tengok? Terbuktikan awak ambil dan tak pulangkan.”
Aku merengus geram. “Macamnilah. Kita deal. Saya akan cakap kalau awak bagitau rahsia awak yang nyaris-nyaris mak awak bocorkan dulu. Macam mana?”
“Hm, okay. Tapi, awak cakap dulu.”
“Saya ambil sebab saya marahkan awak sebab saya cemburu nampak awak keluar dengan seorang perempuan. Siap awak tukar profile picture awak dengan dia. Sakit betul hati saya. Lepas tu baru saya tahu tu sepupu awak. Maaf. Dah giliran awak.”
Teragak-agak Airie mengakui rahsianya. Dia meminta aku agar tidak mentertawakannya.
“Ya. Cakaplah cepat.”
“Err, saya…saya ada teddy bear besar kat rumah. Dialah peneman saya.”
“Apa?!” Sungguh aku tak percaya. Lelaki punyalah kacak dan digilai perempuan ni simpan teddy bear? Tiba-tiba aku tergelak kuat.
“Kan saya cakap jangan gelak.”
“Sebab kelakar jadi saya gelaklah. Apasal tak bawak sini teddy bear peneman awak tu? Segan dekat saya?” usikku bersama gelak yang masih tersisa.
Tiba-tiba Airie mendekatkan bibirnya ke telingaku. “Sebab awak akan jadi teddy bear saya malam ni.”
Berubah terus wajah aku mendengar usikan nakal itu. Tertelan liurku. Alamak. Aku lupa lagi yang dia sekarang suami aku. Walaupun aku sukakan Airie tapi aku segan gila dekat dia. Bila Airie mula mendekatkan mukanya perlahan-lahan pada mukaku, tiba-tiba aku mengelak.
“Jap, jap. Saya nak tanya sesuatu. Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?”
“Sebab awak berani pertaruhkan hidup awak untuk selamatkan saya dulu. Saya jatuh cinta pada awak saat itu.”
Pengakuan Airie menyebabkan aku sangat terharu lalu aku memeluknya erat. Dia juga membalas pelukanku.
“Saya sayang isteri saya si pengintip ni.” Bisik Airie bersama tawanya.

Aku hanya tersenyum dalam pelukannya. Kalau Airie sayang aku, aku lagilah sayang giler kat dia. Terima kasih Airie dan saya akan mengintip setiap gerak-geri awak sampai bila-bila. Hohohohohohoho! (Gelak jahat) -TAMAT-         


Inilah pengalaman dan percubaan pertama sis hantar cerpen.(Throwback)
Lepas ni,just nak publish dekat blog ni je lah kot.
Korang, rajin-rajinlah update ye and komenlah
supaya sis akan terus membaiki kelemahan-kelemahan
dalam penulisan. Doakan yang terbaik. Amin. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan