_____________________________________________
TEMA DAN PERSOALAN
_____________________________________________
- Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya sastera. Tema hanya ada satu sahaja. Tema sesuatu karya sastera boleh jadi tidak dinyatakan secara jelas.
Contoh cepen Kaduk, Ayam dan Raja:
Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan.
Contohnya, Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
- Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya. Persoalan wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya.
Contoh cepen Kaduk, Ayam dan Raja:
1. Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
Contoh soalan dan cara menjawab / jawapan :
Jawapan :
Rujukan :
http://arifbahasa2.blogspot.com/2011/02/pengertian-tema-dan-persoalan.html
Soalan 3: Novel [10 markah]
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.
(i) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini.
(ii) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I
(iii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(iv) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
.
NOVEL: SEJAMBAK BAKTI
Berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji, berikan tiga persoalan berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut. (10markah)
Jawapan :
Berdasarkan novel yang saya kaji di Tingkatan 1 ialah Novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Terdapat beberapa persoalan dalam novel tersebut.
Antara persoalan yang terdapat dalam novel tersebut ialah usaha yang baik selalu akan mendapat tentangan dan cabaran yang hebat. Contohnya, Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah sering mendapat tentangan yang hebat daripada ahli lembaga pengarah lain yang cemburu akan usahanya.
Selain itu, persoalan sifat cemburu akhirnya memakan diri sendiri. Contohnya, Munir sangat cemburu akan Razali yang dapat memenangi hati Ramlah hingga dia sanggup memfitnah dan memburukkan nama Razali.
Seterusnya, amalan muafakat akan membuahkan kejayaan. Contohnya, semua ahli lembaga pengarah koperasi bekerjasama untuk memajukan koperasi sekolah mereka sehingga berjaya menjadi johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA.
Berikut merupakan tiga persoalan yang telah saya pelajari dalam novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
Rujukan :
http://arifbahasa2.blogspot.com/2011/02/pengertian-tema-dan-persoalan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan