CONTOH :
Ini ialah Ayu. Dia berumur 26 tahun. Dia seorang yang rajin membaca buku. Dia juga seorang yang baik hati kerana suka membantu orang yang dalam kesusahan. Selain itu, Ayu sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.
Watak : Ayu
Perwatakan :
1. Rajin. Contohnya, Ayu rajin membaca buku.
2. Baik hati. Contohnya, dia suka membantu orang yang dalam kesusahan.
3. Bertanggungjawab. Contohnya, dia bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.
DEFINISI
Watak merupakan pelaku yang mendukung dan menghidupkan sesebuah
cerita.Watak boleh sahaja terdiri
daripada manusia atau bukan manusia seperti binatang atau benda.
Perwatakan pula merujuk kepada gambaran dan sifat yang dimiliki
oleh watak.Gambaran dan sifat-sifat ini
boleh dilihat daripada aksi atau dialog yang digarap oleh pengarang.
Jenis-jenis watak
(1) Watak utama
Watak yang
menjadi tumpuan perkembangan cerita. Watak ini berperanan penting dari awal
hingga akhir cerita.
(2) Watak
Sampingan
Watak pembantu
yang membantu watak utama dalam membangunkan sesebuah cerita.
(3) Watak
Protagonis
Watak
protagonis ialah watak baik atau watak putih dan berpegang pada kebenaran.
(4) Watak
Antagonis
Watak antagonis
merupakan watak jahat atau watak hitam dan menjadi penentang terhadap nilai
hidup watak protagonis.
(5) Watak Bulat/bundar
Watak yang
digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak
sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya
berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca. Kadangkala pembaca akan
terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka yang dilakukan oleh
watak berkenaan.
(6) Watak Dinamik
Watak
dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada
dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak
ini digambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut
perkembangan cerita.
(7) Watak Pipih
Watak
yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini
diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja.
Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan
dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita.
(8) Watak Statik
Watak
yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita. Ia
digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya
dari awal hingga akhir cerita.
-
Rujukan :
https://www.facebook.com/notes/tutor-tv-spm/tips-bahasa-melayu-watak-dan-perwatakan/159593110800342/
http://sasterasmkj.blogspot.my/2009/10/jenis-watak-dalam-karya.html
Pembelajaran berdasarkan video
https://www.youtube.com/watch?v=phNGH2hwHO4 oleh Fatonah binti Jamaludin
watak perwatakan (1jam)
BalasPadam