"Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih."

"In the name of GOD, the Beneficent, the Merciful."

“奉上帝之名,仁慈,仁慈.”





KE

___________________________ 


HACESTRA

(HALAMAN CIKGU SASTERA)





______________________________


  





FORMULA TIS : TEMA & SIAPA




  • Mari belajar apakah FORMULA TIS?



Formula Karangan : T + I1 + I2 + I3 + S (TIS)

(T) Tema :

(I1) Isi pertama :

(I2) Isi kedua :

(I3) Isi ketiga :

(S) Siapa (rujuk IKUT TEMA): pelajar / remaja/ murid/ ibu-bapa/ masyarakat/ kerajaan



Ramai yang keliru apakah Tema dan Siapa dalam FORMULA TIS? 

Hari ini kita akan belajar dua sahaja :

  • T (TEMA) 
  • S (SIAPA)


T dan S dapat dilihat arahan pada soalan karangan. Di bawah ini ialah CONTOH TAJUK bagi karangan.


1. Telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja pada masa ini. Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid.


Tema : kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid

Siapa : murid


2. Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.


Tema : usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Siapa : anak-anak


3. Gejala rasuah dalam kalangan masyarakat perlu dibanteras supaya imej negara tidak terjejas.Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani gejala ini.

Tema :  langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani gejala ini.

Siapa : pelbagai pihak


4. Pergolakan dan peperangan yang berlaku di sesebuah negara telah menyebabkan berlakunya krisis pelarian yang semakin serius. Ulaskan kesan-kesan yang timbul akibat daripada krisis tersebut.


Tema : kesan-kesan yang timbul kepada negara akibat daripada krisis pelarian.

Siapa : negara


* siapa tidak ditulis pada tema, sila baca keseluruhan soalan tersebut. 




5. Ramai remaja yang bercita-cita mahu menjadi remaja yang cemerlang dalam segala aspek kehidupan. Huraikan cara-cara yang harus dilakukan oleh remaja untuk mencapai hasrat tersebut.

Tema : cara-cara yang harus dilakukan oleh remaja untuk mencapai hasrat tersebut.

Siapa : remaja
Su

6. Dalam majlis meraikan kejayaan anda yang cemerlang dalam akademik, anda diminta menyampaikan ucapan. Ucapan anda berfokus kepada ciri-ciri rakan sejati anda yang telah mendorong kecemerlangan diri anda. Sediakan teks ucapan anda itu selengkapnya.

Tema : ciri-ciri rakan sejati anda yang telah mendorong kecemerlangan diri anda

Siapa : rakan sejati anda


7. Kehidupan remaja masa ini penuh dengan cabaran. Jika cabaran tersebut tidak dihadapi dengan baik, remaja mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial. Jelaskan cabaran-cabaran tersebut dan langkah yang harus diambil oleh golongan muda bagi menanganinya.

Tema : cabaran-cabaran tersebut dan langkah yang harus diambil oleh golongan muda bagi menanganinya.

Siapa : golongan muda





Tamat. Adakah anda faham atau tidak faham???



TINGKATAN 1



KOMSAS





Puisi Tradisional

Puisi Moden

Prosa Tradisional

Cerpen

Drama







NOVEL



















TATABAHASA



Kata Pemeri, Kata Nafi, Kata Seru

https://www.slideshare.net/scekleeteo/kata-tugaskata-seru-kata-pemeri-kata-nafi-15725364

PERIBAHASA DAN MAKSUD


PERIBAHASA dan MAKSUD

1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]

2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]

3. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]

4.  Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]

5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]

6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]

7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]

8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]

9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]

10.   Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]

11.   Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]

12.   Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]

13.   Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]

14.   Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]

15.   Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]

16.   Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]

17.   Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]

18.   Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]

19.   Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan]

20.   Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]

21.   Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]

22.   Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]

23.   Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]

24.   Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik  sahaja]

25.   Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]

26.   Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]

27.   Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]

28.   Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]

29.   Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]

30.   Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]

31.   Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]

32.   Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]

33.   Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]

34.   Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]

35.   Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]

36.   Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]

Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]

38.   Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]

39.   Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]

40.   Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]

41.   Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]

42.   Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]

43.   Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]

44.   Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]

45.   Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]

46.   Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]

47.   Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]

48.   Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]

49.   Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]

50.   Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]

51.   Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]

52.   Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]

53.   Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]

54.   Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]

55.   Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]

56.   Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]

57.   Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]

58.   Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]

59.   Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]

60.   Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]

61.   Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]

62.   Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]

63.   Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha]

64.   Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]

65.   Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]

66.   Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]

67.   Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan]

68.   Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]

69.   Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan]

70.   Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]

71.   Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]

72.   Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]

73.   Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]

74.Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]

75.   Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]

76.   Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]

77.   Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]

78.   Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]

79.   Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]

80.   Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]










GURINDAM


Arahan : Salin semula dan bina 3 buah peta I-think bagi Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)










PEMBETULAN KERTAS 2



Arahan : 

Sila buat pembetulan kertas 2 ini di dalam kertas A4 atau buku karangan anda.
Bahagian Novel tidak perlu salin (baca sahaja)



PEMBETULAN

UJIAN 1 – TINGKATAN 4 (2020)
Bahasa Melayu Kertas 2 SMK DESHON 




SOALAN 1 : Rumusan  (30 markah)

Buat satu rumusan tentang faedah bersukan dan cabaran yang dihadapi untuk memajukan sukan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Petikan membincangkan kebaikan bersukan dan cabaran yang dihadapi untuk memajukan sukan negara.

Antara faedah bersukan dalam kalangan murid ialah dapat mendisiplinkan diri. Selain itu, melahirkan remaja yang sihat dari segi fizikal ataupun mental. Seterusnya, sesuai dijadikan hobi dan boleh dilakukan dengan kawan atau keluarga. Di samping itu, mengelakkan diri daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Kemudian, remaja juga dapat menghindari masalah sosial. Akhir sekali, dapat menyemai semangat permuafakatan dan kesukanan dalam kalangan remaja yang berbeza latar belakang.
                                                                                     
Terdapat cabaran yang dihadapi untuk memajukan sukan negara iaitu kurang pelapis untuk beberapa jenis sukan. Selain itu, wujudnya pelbagai kerenah birokrasi sehingga menghancurkan masa depan atlet muda.

Kesimpulannya, semua pihak perlu memanfaatkan sebaiknya faedah bersukan agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat.


(120 patah perkataan)



SOALAN 2 -Pemahaman Komsas


Soalan 2 (a) – Petikan Umum   

 (i) Maksud rangkai kata peringkat awal ialah bahagian permulaan.  

(ii) Antara usaha-usaha ibu bapa ialah membeli peralatan sukan yang diminati anak, memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan dan membelikan anak-anak majalah sukan.

(iii) Pada pendapat saya, antara usaha meningkatkan kemahiran atlet ialah sering berlatih pada waktu petang dan waktu senggang. Selain itu, Sering membuat kajian tentang teknik bermain yang baik. Akhir sekali, bersedia menerima kritikan terutama dari jurulatih.



Soalan 2(b) – Petikan cerpen

(i) Masalah yang dihadapi oleh Hakim seperti yang dinyatakan dalam petikan ialah dicaci-maki oleh orang-orang kampung kerana kemasukan lori ke reban ayamnya memburukkan lagi keadaan jalan yang tidak berturap. Selain itu, Hakil dikelilingi hutang.
(ii) Jika saya adalah rakan baik Hakim, antara cara yang boleh saya lakukan untuk membantu Hakim ialah memberikan semangat kepadanya. Seterusnya, memberikan nasihat atau bantuan guaman. Akhir sekali, memberikan bantuan kewangan.
(iii) Perwatakan Hakim di dalam petikan cerpen ialah gigih berusaha. Contohnya, menulis surat dan menemui orang berpengaruh untuk menaik taraf jalan masuk ke kampungnya. Selain itu, perwatakan daripada keseluruhan cerpen pula ialah Hakim seorang yang berani. Contohnya, dia mengusahakan ternakan ayam secara moden bagi menyahut seruan kerajaan.

Soalan 2(c)- Prosa Tradisional

(i). Maksud  berkisah orang kaya-kaya ialah memberitahu kepada para pembesar.          
(ii) Perkara-perkara yang dilakukan di negeri Tuanku Syah Alam   ialah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal. Selain itu, Kertala Sari masuk ke kampung/negeri, dicurinya harta yang kemas-kemas dan bini orang kaya-kaya dicabuli Kertala Sari. Akhir sekali, orang kaya-kaya datang menghadap raja mengadukan hal mereka dicuri. 

(Iii) Pada pendapat saya, usaha-usaha memastikan masalah kecurian di tempat tinggal tidak berleluasa ialah mengadakan rondaan Rukun Tetangga atau JKKK. Selain itu, setiap rumah memasang alat keselamatan. Akhir sekali, memberitahu pihak polis atau pasukan keselamatan apabila meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama.  
   



Soalan 2(d)- Puisi tradisional

i) Maksud Baginda meninggalkan takhta kerajaan ialah sultan/baginda berundur dari istana.

ii) Pada pendapat saya, keadaan kelam-kabut berlaku mengikut syair berkenaan kerana suara burung garuda itu sangat kuat dan luar biasa. Selain itu, burung gurda itu sangat  kuat  menyebabkan rakyat gempar serta menjadi ketakutan sehinggakan mereka terpaksa melarikan untuk mengelakkan serangan burung gurda berkenaan.

iii) Dua pengajaran daripada syair di atas ialah kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh kebahagiaan. Selain itu, kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana negara kita sentiasa aman dan makmur.




SOALAN 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ]


Soalan 3 (a) Bina ayat.                         
                                                                                                                        
(i) lauk-pauk – (masakan yang dimakan dengan nasi)

Ibu telah menyediakan lauk-pauk yang istimewa untuk kami sekeluarga sempena hari ulang tahun ayah.


(ii) mandi-manda – (perbuatan mandi di laut, sungai, pantai, kolam)

Puteri Hang Li Po sedang mandi-manda di kolam belakang istana ketika Laksamana Hang Tuah mencarinya.


(iii) desas-desus – (khabar angin, suara orang berbisik-bisik)

Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikat.


(iv) lintang-pukang – (tidak menentu arahnya dalam berlari, tidak tersusun, tidak kemas, tidak teratur)

Budak nakal itu lari lintang-pukang apabila dikejar oleh seekor anjing garang.


(v) gilang-gemilang – (bercahaya terang, terang-benderang, baik sekali, amat elok, cemerlang)

Majlis perkahwinan bintang popular itu berlangsung dalam suasana gilang-gemilang dengan kehadiran ribuan peminat.


(vi) turun-temurun – (dari nenek moyang turun ke cucu, berpindah dari orang tua kepada anak, daripada generasi ke generadi)

Alat muzik tradisional  yang merupakan warisan turun-temurun masyarakat Melayu akan dipamerkan di Muzium Kesenian itu.




Soalan 3 (b) Subjek dan Prediket


(i) Subjek : Anak dan isteri perokok
Predikat : berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit jantung.

(ii) Subjek : Bulu kucing kesayangan Dolly itu
Predikat : sungguh lebat dan panjang.

(iii) Subjek : Laksamana Hang Tuah
Predikat : terkenal dengan kelicikannya bermain senjata




Soalan 3 ( c ) Kesalahan ejaan dan imbuhan

Kesalahan Ejaan
Kesalahan Imbuhan
i
kapitan - kopitiam

memulai  - memulakan
ii
compang camping – compang-camping

pemerhatian - perhatian
iii.
     sayogia – seyogia


     senam - bersenam


Soalan 3 (d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

Kesalahan Penggunaan Kata/istilah
Kesalahan Tatabahasa
i
merebus - mereneh

berapa-berapa jam- beberapa jam
ii
mengotorkan- mencemarkan/ menjejaskan/memburukkan

ke kalangan - dalam kalangan
iii.
     menonton - melayari/mengakses


     sesawang laman - laman sesawang


Soalan 3 (e)  Nyatakan peribahasa

(i) sudah jatuh ditimpa tangga
(ii) seperti kacang lupakan kulit
(iii) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya




SOALAN 4: Novel

(i) Tema

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Di Sebalik Dirana oleh Dayang Noor, terdapat tema yang telah saya pelajari.

Tema novel ialah ketaasuban terhadap teknologi hingga mengetepikan nilai kemanusiaan Contohnya, Karl memasukkan mikrocip ke dalam tubuh anaknya, Farisha untuk menjadikannya genius. Selain itu, Karl menyeksa isterinya hingga cacat dan menukarnya menjadi cyborg.

Kesimpulannya, berikut merupakan tema yang telah saya pelajari.




(ii) Persoalan


Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Di Sebalik Dirana oleh Dayang Noor, terdapat beberapa persoalan yang telah saya pelajari.

Antara persoalan novel ialah kasih sayang adik terhadap abangnya. Contohnya, Farisha berasa sedih apabila mendapat tahu abangnya,Azraai menghidap penyakit jantung ketika makan malam di rumah Azraai.

Selain itu, persoalan sikap prihatin terhadap rakan. Contohnya, sebagai rakan yang prihatin, Shida dan Rosman melawat Farisha yang sakit dan dirawat di wad 2B. Rosman berasa terkilan kerana membiarkan Farisha bekerja sendirian.

Akir sekali, persoalan keberanian dalam membuat keputusan. Contohnya, Farisha berani menerima tawaran daripada Soft lab untuk menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran 1.5 juta.

Kesimpulannya, berikut merupakan beberapa persoalan yang telah saya pelajari.